Saifuddin bincang dengan Anwar isu RM600 bilion esok

Saifuddin bincang dengan Anwar isu RM600 bilion esok

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, akan bertemu Perdana Menteri bagi mendapatkan gambaran jelas berhubung dakwaan penyelewengan dana bernilai hampir RM600 bilion oleh kerajaan terdahulu.

Beliau berkata, pertemuan bersama Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dijadual berlangsung petang esok, antara lain bertujuan menentukan agensi penguatkuasaan yang akan menjalankan siasatan berhubung dakwaan terbabit.



Selain itu, beliau juga akan mendapatkan pandangan Ketua Polis Negara, Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani bagi memperincikan bidang kuasa Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam membantu siasatan dakwaan terbabit.

“Saya dan Acryl Sani belum sempat berbincang secara spesifik mengenai dakwaan ini. Sudah tentu saya akan dapatkan pandangan daripada pihak badan siasatan berkaitan, kalau berkaitan PDRM, ia dalam bidang kuasa kita. Kalau berkaitan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM),tentu mereka akan siasat.

“Saya akan dapatkan pandangan Acryl Sani mengenai tindakan lanjut berhubung perkara ini dalam masa terdekat,” katanya pada sidang media selepas mempengerusikan taklimat bersama agensi seliaan Kementerian Dalam Negeri (KDN) di sini, hari ini.

Semalam, Anwar dilaporkan berkata, pegawai Kementerian Kewangan mengesahkan terdapat pelanggaran serius prosedur berhubung dakwaan perbelanjaan hampir RM600 bilion ketika pentadbiran kerajaan diterajui bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.



Beliau juga dilapor sudah menyerahkan perkara itu untuk disiasat jabatan berkaitan bagaimanapun memaklumkan belum ada perbincangan di peringkat Kabinet sama ada Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) akan ditubuhkan bagi menyiasat perkara itu.

Sementara itu, Saifuddin Nasution menegaskan, PDRM diberi kebebasan untuk menjalankan siasatan mengenai dakwaan politik wang seperti dinyatakan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor, baru-baru ini.

Beliau berkata, ia selari pendirian Anwar yang mahu Jemaah Menteri tidak mengeluarkan sebarang arahan supaya pihak penguat kuasa menyiasat mana-mana pihak yang mengkritik kerajaan.

“Polis diberikan kebebasan sepenuhnya untuk menyiasat perkara ini jika terdapat asas berdasarkan merit atau kandungan laporan berhubung dakwaan terbabit.



“Saya percaya kepada tahap profesionalisme pasukan polis dalam menentukan keputusan mengenai dakwan terbabit, selain mereka diberi ruang dan kebebasan untuk memuktamadkan hala tuju perkara ini,” katanya.

Mengenai aspirasi bagi menerajui KDN, beliau berkata, pemerkasaan aspek keselamatan dan ketenteraman awam serta mewujudkan keharmonian adalah antara agenda utamanya, selari hasrat dititah Yang di-Pertuan Agong serta peringatan Majlis Raja-Raja.

Justeru, katanya, semua pihak bertanggungjawab memastikan kepentingan pelbagai kaum, agama atau latar belakang, sentiasa terjamin, selain menegaskan tidak akan berkompromi terhadap sebarang usaha mencemarkan aspirasi berkenaan.

“Saya memikul tanggungjawab ini seiring slogan ‘Keselamatan Tanggungjawab Semua’ dan setiap lapisan masyarakat, parti politik, pertubuhan bukan kerajaan mahupun sesiapa sahaja harus dapat mendokong aspirasi ini.



“Agong juga menitahkan untuk melihat tugas utama kepimpinan politik negara selepas pilihan raya ialah bergerak ke arah kestabilan politik, selain menumpukan kepada kemakmuran ekonomi, isu rakyat, kos sara hidup dan keperluan mewujudkan keharmonian.

“Justeru, semua pihak perlu elak mengeluarkan kenyataan yang boleh menjurus atau membuka peluang salah faham mahupun membangkitkan sentimen mengancam keharmonian,” katanya.

Dalam perkembangan lain, beliau berkata, semakan semula undang-undang membabitkan kerakyatan anak dilahirkan ibu warga tempatan, di luar negara turut menjadi antara agenda utamanya sebagai Menteri Dalam Negeri.

“Ia sudah tentu menjadi keutamaan saya dan kita akan teliti semua perkara termasuk aspek Perlembagaan Persekutuan, undang-undang sedia ada serta nilai kemanusiaan untuk membuat pertimbangan dan keputusan berhubung perkara ini,” katanya. BH



Saifuddin bincang dengan Anwar isu RM600 bilion esok


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Anwar ‘tegur’ Syed Mokhtar, Bernas – Pesawah akan terima bayaran RM60j



Anwar arah siasat perbelanjaan RM600 bilion semasa era PN

Jangan berani sentuh Messi – Tyson

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker