Zahid mula tugas secara rasmi di Perdana Putra

Zahid mula tugas secara rasmi di Perdana Putra

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari ini memulakan tugas secara rasmi di Perdana Putra di sini.

Ahmad Zahid yang mengenakan sut serba hitam, disambut Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Zuki Ali sebaik tiba di perkarangan Kompleks Perdana Putra pada pukul 8 pagi.

Beliau kemudiannya mengimbas kad perakam waktu di pejabatnya di Aras 4 sebelum mengaminkan doa yang dipimpin oleh Penolong Pegawai Hal Ehwal Islam Jabatan Perdana Menteri Kamruzaman Abdul Aziz.

Ahli Parlimen Bagan Datuk itu kemudiannya memasuki pejabatnya serta menandatangani Buku Selamat Datang.

Ahmad Zahid, 69, diumumkan sebagai Timbalan Perdana Menteri serta memegang portfolio Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Jumaat lepas.

Pada Sabtu lepas, Ahmad Zahid yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) antara 27 jemaah Kabinet mengangkat sumpah jawatan di hadapan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Istana Negara.

Ahmad Zahid hari ini juga dijadual menghadiri mesyuarat khas jemaah menteri yang pertama dipengerusikan oleh Perdana Menteri.

Perdana Putra menempatkan pejabat-pejabat utama dalam pentabiran negara seperti Pejabat Perdana Menteri, Pejabat Timbalan Perdana Menteri dan Pejabat Ketua Setiausaha Negara. MG

Zahid mula tugas secara rasmi di Perdana Putra


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Perlantikan kabinet, Annuar Musa kini ‘bertukar nada’

Bila Formula Rafizi Akan Mula Dilaksanakan?

Ronaldo bakal berhijrah ke Arab Saudi

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker