Sivaraj mungkin diberi jawatan – Saifuddin

Sivaraj mungkin diberi jawatan – Saifuddin

Calon Barisan Nasional (BN) Parlimen Padang Serai, C Sivaraj akan dipertimbangkan jawatan dalam kerajaan perpaduan pimpinan Pakatan Harapan (PH) atas pengorbanannya memberi laluan kepada calon gabungan itu, Sofee Razak.

Tetapi, Ketua Setiausaha PH, Saifuddin Nasution Ismail menegaskan ia bukan syarat untuk Sivaraj menarik diri daripada pilihan raya di kerusi Parlimen itu pada Rabu ini.

“Saya sebut bahawa penarikan diri Sivaraj dibuat tanpa syarat. Tapi saya yakin, sebagai tokoh muda, sudah tentu saudara Sivaraj layak mendapat tempat (dalam kerajaan),” katanya selepas ceramah PH di sini.

Sivaraj, yang juga naib presiden MIC, menggantung kempennya Jumaat lalu untuk menyokong Sofee. Terdahulu, Warisan turut menarik diri bagi menyokong PH.

Dengan penarikan itu, Sofee akan menentang Azman Nasruddin (Perikatan Nasional), Hamzah Abdul Rahman (Pejuang) dan Ananda AK (bebas).

Saifuddin berkata, beliau terbabit dalam rundingan dengan Presiden MIC, SA Vigneswaran dan Pengerusi BN, Ahmad Zahid Hamidi untuk calon gabungan itu menarik diri tanpa syarat.

Langkah ini, katanya, untuk BN membalas keputusan PH menarik diri daripada pilihan raya Dewan Undangan Negeri (DUN) Tioman dan memberi laluan kepada BN – keputusan yang menurutnya dibuat atas semangat kerajaan perpaduan pimpinan dua gabungan itu.

Tanpa menyatakan jawatan yang akan diberikan kepada Sivaraj dalam kerajaan pimpinan Perdana Menteri, Anwar Ibrahim, timbul banyak spekulasi beliau akan dilantik sebagai senator.

Sebelum ini, MalaysiaKini melaporkan Sivaraj didakwa ditawarkan jawatan senator sebagai balasan menarik diri daripada pilihan raya Padang Serai.

Dalam perkembangan lain, Saifuddin turut menyeru pengundi Padang Serai menyokong Sofee pada Rabu ini kerana beliau akan mendapatkan dana persekutuan bagi membangunkan Padang Serai dan membantu golongan tanpa kad pengenalan.

Saifuddin, yang kalah dalam pilihan raya umum bulan lalu, dilantik sebagai senator sebelum menjadi menteri dalam negeri. FMT

Sivaraj mungkin diberi jawatan – Saifuddin


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Perlantikan kabinet, Annuar Musa kini ‘bertukar nada’

Bila Formula Rafizi Akan Mula Dilaksanakan?

Ronaldo bakal berhijrah ke Arab Saudi

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker