Remaja tembak mati 19 kanak-kanak dan guru di sekolah Texas [VIDEO]

Seorang remaja lelaki bersenjata membunuh sekurang-kurangnya 19 kanak-kanak dan dua orang dewasa selepas menyerbu sebuah sekolah rendah di Texas pada Selasa. Serangan terbaru ini adalah pembunuhan beramai-ramai di Amerika Syarikat dan kejadian tembakan di sekolah yang paling teruk di negara itu dalam hampir sedekad.

Menurut Reuters, suspek berusia 18 tahun, yang berjaya dibunuh oleh polis itu, juga telah menembak neneknya sendiri sebelum melarikan diri dari tempat kejadian. Dia kemudiannya merempuh kenderaan lain ketika melarikan diri sebelum mengamuk di Sekolah Rendah Robb di bandar Uvalde, Texas, kira-kira 80 batu (130 km) barat San Antonio.

Motifnya masih tidak jelas.



Berdasarkan laporan CNN, lelaki terbabit memandu dan masuk ke sekolah dengan senapang dan pistol.

“Suspek menembak dan membunuh secara mengerikan, tidak dapat difahami, membunuh 19 pelajar dan seorang guru.

“Suspek juga maut, dipercayai ditembak pegawai yang bertindak balas di lokasi kejadian,” kata seorang anggota polis di siaran televisyen itu.

Bercakap dari Rumah Putih beberapa jam kemudian, Presiden Amerika Syarikat, Joe Biden



menggesa rakyat Amerika untuk menentang lobi senjata AS yang dipersalahkannya kerana menyekat penggubalan undang-undang keselamatan senjata api yang lebih ketat.

Biden mengarahkan bendera dikibarkan separuh tiang setiap hari sehingga matahari terbenam pada hari Sabtu sebagai menghormati tragedi itu.

Gabenor Greg Abbott berkata, suspek dikenali sebagai Salvador Ramos berusia 18 tahun dipercayai ditembak mati pegawai polis yang bertindak balas di lokasi kejadian.



Dia juga memaklumkan bahawa, dua anggota pegawai polis turut terkena tembakan, namun tidak mengalami kecederaan serius dengan pihak berkuasa menjelaskan suspek bertindak sendirian.

 

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392



Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda




Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Warga emas cedera dipukul penunggang motosikal [VIDEO]



Hakim Arief Emran Dah Tarik Diri, Hakim Nazlan Pula Bagaimana?

Ustaz Abdul Somad diusir dari Singapura

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker