Keputusan pengecualian cukai jualan kenderaan tak lama lagi

Keputusan pengecualian cukai jualan kenderaan tak lama lagi

Putrajaya akan membuat keputusan “tidak lama lagi” mengenai cadangan melanjutkan cukai jualan dan perkhidmatan (SST) bagi tempahan kenderaan baharu, kata Menteri Pengangkutan Wee Ka Siong.

Dalam ucapan kepada persekutuan kredit motor, Wee mengakui bahawa industri permotoran terjejas teruk disebabkan penutupan akibat pandemik Covid-19, dalam tempoh dua tahun lalu.



“Saya sedar Gabungan Persatuan Syarikat Motor dan Kredit Malaysia (FMCCAM) memohon pengecualian itu dilanjutkan lagi kerana sesetengah pembeli kereta mungkin tidak dapat menikmati insentif itu kerana kelewatan penghantaran kenderaan,” katanya.

“Kelewatan ini disebabkan oleh kekurangan cip dan gangguan rantaian bekalan akibat wabak itu. Namun, kerajaan sedang mempertimbangkan cadangan ini dan satu keputusan akan diumumkan tidak lama lagi,” katanya.

Pada 30 Mei, Presiden FMCCAM, Tony Khor, berkata kira-kira 80,000 tempahan kereta baharu akan terjejas jika kerajaan tidak melanjutkan pengecualian SST, yang berakhir pada 30 Jun.

Dengan masih ramai pembeli yang belum menerima tempahan mereka, Khor berkata, jika kenderaan itu tidak diserahkan kepada pelanggan menjelang akhir bulan ini, mereka akan dikenakan cukai jualan, dan jualan mungkin terjejas.



Pengecualian penuh cukai diberikan kepada kereta pemasangan tempatan dan pengecualian 50% ke atas kereta import hingga 30 Jun. Inisiatif ini diperkenalkan oleh Putrajaya di tengah-tengah sekatan Covid-19. FMT

Keputusan pengecualian cukai jualan kenderaan tak lama lagi


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET




Nasi lemak berlauk tahi ikan bilis

Janna Nick bangga, fenomena Gatal jangkiti PSY



BBQ meletup ketika berkelah bikin ramai terkejut (Video)

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker