Peluang BN Rampas Kembali Parlimen Sepang – Ahmad Zahid

Peluang BN Rampas Kembali Parlimen Sepang – Ahmad Zahid

SEPANG: Barisan Nasional (BN) berpeluang merampas kembali kerusi Parlimen Sepang dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Pengerusi BN Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata ini kerana kerusi itu pernah dimenangi gabungan politik berkenaan dan hanya terlepas kepada parti lawan akibat tsunami politik yang berlaku pada PRU14.



“Kali ini kita sendiri wujudkan tsunami politik supaya yang pernah kalahkan kita akan merasa kekalahan itu.

“Pemimpin dan ahli BN di Sepang perlu melakukan apa saja bagi menyantuni kira-kira lebih 100,000 pengundi,” katanya ketika berucap pada majlis meraikan bakal haji dan Sambutan Ulang Tahun ke-48 BN peringkat Parlimen Sepang malam ini.

Presiden UMNO itu turut mengingatkan semua ahli dan pemimpin BN di Sepang supaya tidak memikirkan siapa calon yang akan bertanding pada PRU15 sebaliknya meminta mereka bekerjasama bagi memenangkan BN.



Kerusi Parlimen Sepang, yang merangkumi tiga kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) iaitu Tanjong Sepat, Sungai Pelek dan Dengkil, ketika ini disandang oleh Mohamed Hanipa Maidin daripada Parti Amanah.– BERNAMA

Peluang BN Rampas Kembali Parlimen Sepang – Ahmad Zahid

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);



KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Nasi lemak berlauk tahi ikan bilis

Janna Nick bangga, fenomena Gatal jangkiti PSY



BBQ meletup ketika berkelah bikin ramai terkejut (Video)



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker