KPDNHEP siasat dakwaan ayam dijual RM13 sekilogram

KPDNHEP siasat dakwaan ayam dijual RM13 sekilogram

KEMENTERIAN Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) akan menyiasat dakwaan terdapat peniaga ayam yang menjual melebihi harga kawalan ditetapkan kerajaan sehingga RM13 sekilogram.

Timbalan Menterinya, Datuk Rosol Wahid berkata, pihaknya mendapat makluman perkara itu berlaku secara terang-terangan sedangkan perbuatan tersebut melanggar peraturan.

“Penguatkuasa sudah diarahkan pantau sebab laporan diterima mereka bukan buat secara tersorok tetapi berani ambil gambar dan jual sehingga RM12 atau RM13 sekilogram. Ini melanggar harga kawalan ditetapkan, kita akan tengok mengapa ini berlaku, ada yang kata peniaga dapat harga mahal, bagaimana nak jual dengan harga kawalan, itu alasan yang diberi.

“Jadi kita akan siasat kerana kita sudah tentukan harga dari ladang RM5.60 dan kerajaan beri subsidi kepada ladang ayam RM1.40 sekilogram. Jadi harga ayam dari ladang mesti jual kepada pemborong RM5.60 sekilogram, campur subsidi kerajaan RM1.40 jumlahnya RM7. Jadi sepatutnya, tidak ada alasan untuk jual mahal,” katanya selepas melancarkan Program Jelajah Franchise Bay Peringkat Negeri Johor, lapor Utusan.

Rosol berkata, setakat ini KPDNHEP sudah mengenakan kompaun bernilai RM270,000 terhadap 1,114 peniaga ayam yang ingkar bermula dari 5 Februari lalu hingga Jumaat lepas, di seluruh negara.

Mengulas mengenai bekalan ayam di seluruh negara, beliau berkata, Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) memaklumkan bekalan ayam setakat ini mencukupi sehingga keperluan untuk Aidiladha dan tiada isu kekurangan bekalan dalam pasaran tempatan sehingga kini.

Dalam pada itu, KPDNHEP akan memperhebat penyertaan golongan muda khususnya siswa dalam perniagaan berkonsepkan francais kerana setakat ini hanya sekitar 20 peratus golongan berkenaan yang menyertai perniagaan berkonsep itu.

Katanya, usaha itu kerana perniagaan konsep francais bukan perniagaan ‘kayangan’ yang memerlukan modal permulaan besar sehingga tidak mampu disertai golongan siswa.

“Kementerian tawar dua program khusus untuk bantu pertumbuhan perniagaan francais iaitu Francais Mikro dan Mampu Milik dengan peruntukan RM5 juta.

“Jika sebelum ini modal besar sehingga ratusan ribu ringgit diperlukan untuk melabur namun dengan dua program ini, bakal usahawan hanya perlu keluarkan modal di bawah RM100,000,” katanya.

Rosol berkata, jelajah itu dibuat bagi memberi kesedaran kepada masyarakat berhubung potensi perniagaan francais agar konsep perniagaan tersebut dapat berkembang dengan sempurna di Malaysia.

KPDNHEP siasat dakwaan ayam dijual RM13 sekilogram


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Nasi lemak berlauk tahi ikan bilis

Janna Nick bangga, fenomena Gatal jangkiti PSY

BBQ meletup ketika berkelah bikin ramai terkejut (Video)

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker