Penjawat awam, remaja perempuan ditahan positif dadah

Antara individu yang diperiksa dalam satu operasi di sebuah pusat hiburan di Johor Bahru, hari ini.

JOHOR BAHRU – Seorang penjawat awam dan seorang remaja perempuan bawah umur antara individu yang ditahan atas kesalahan terlibat dengan penyalahgunaan dadah dalam satu operasi dijalankan polis di sebuah pusat hiburan di bandar raya ini, awal pagi hari ini.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Johor, Asisten Komisioner Mohd. Afzanizam Yahaya berkata, mereka antara 66 individu yang ditahan ketika serbuan dijalankan pada pukul 2 pagi itu.

Menurut beliau, kesemua mereka yang berusia antara 17 hingga 41 tahun itu diberkas selepas pemeriksaan dijalankan terhadap 180 individu yang berhibur di premis berkenaan.

“Dalam operasi tersebut, polis turut menahan seorang lelaki berusia 44 tahun yang mengaku sebagai penjaga premis. Walaupun premis berkenaan memperkenalkan kebenaran beroperasi tetapi ia hanya sehingga pukul 12 tengah malam sahaja.

“Pemeriksaan dibuat terhadap 180 individu turut mendapati 34 lelaki termasuk seorang penjawat awam positif dadah, manakala 18 wanita dan seorang remaja bawah umur berusia 17 tahun turut diuji positif,” katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.

Tambah beliau, dalam operasi berkenaan, pihaknya turut menahan 19 warga asing yang didapati menyalahgunakan pas lawatan sosial kerana telah tamat tempoh.

“Kes ini akan disiasat mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952, Seksyen 11(2) Enakmen Hiburan Negeri Johor 4/98 dan juga Peraturan 39(b) Peraturan-Peraturan Imigresen 1963,” jelasnya

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Nasi lemak berlauk tahi ikan bilis

Janna Nick bangga, fenomena Gatal jangkiti PSY

BBQ meletup ketika berkelah bikin ramai terkejut (Video)

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker