PAS masih tak puas hati dengan kabinet, walau DAP tak banyak menteri

PAS masih tak puas hati dengan kabinet, walau DAP tak banyak menteri

Presiden PAS Abdul Hadi Awang masih tidak berpuas hati dengan komposisi kabinet walaupun musuh ketatnya DAP tidak mendapat banyak kerusi menteri.

Katanya, walaupun begitu, parti itu masih mendapat “banyak manfaat”.

“Yang penting DAP mendapat manfaat yang banyak,” kata Abdul Hadi ringkas kepada pemberita selepas memberi kenyataan di ibu pejabat polis daerah (IPD) Sentul, Kuala Lumpur hari ini.

Abdul Hadi bagaimanapun tidak mengulas lanjut berkaitan manfaat yang dimaksudkannya itu.

Dia ditanya berkaitan keanggotaan wakil rakyat DAP dalam kabinet Perdana Menteri Anwar Ibrahim.

Dalam kabinet “kerajaan perpaduan”, hanya empat daripada 27 menteri dilantik daripada kalangan pemimpin DAP.

Siapa ketua pembangkang?

Sementara itu, dalam perkembangan lain Abdul Hadi yang juga Timbalan Pengerusi Perikatan Nasional (PN) mengesahkan gabungan parti berkenaan sudah sepakat berkaitan jawatan ketua pembangkang Dewan Rakyat.

“Kita dah lantik dan PN akan buat kenyataan dalam masa terdekat,” katanya ringkas. Mk

PAS masih tak puas hati dengan kabinet, walau DAP tak banyak menteri


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Suruhanjaya Siasatan Diraja perlu ditubuhkan siasat perbelanjaan RM600 billion Muhyiddin Yassin

Myvi RM25,000: Magik Rafizi ‘Si Raja Formula’ yang ditunggu-tunggu rakyat

Ogy bakal berkahwin

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker