Mengemis sampai mampu beli Proton X70

Mengemis sampai mampu beli Proton X70

Dengan hanya mengemis selama empat hingga lima jam, seorang lelaki meraih RM500 sehari sehingga mampu memiliki sebuah kereta model Kenderaan Sukan Utiliti (SUV) jenis Proton X70.

Perkara tersebut didedahkan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Maran, Pahang di akaun Facebooknya hari ini selepas menjalankan operasi membanteras pengemisan di sekitar pasar malam Sri Jaya, Maran, semalam.



Ujarnya, lelaki warga tempatan yang berjubah serta berkopiah itu akan duduk di celahan payung peniaga pasar malam sambil memegang beg kertas untuk meminta simpati orang ramai yang lalu lalang.

Setelah pihak penguatkuasa JKM Maran menghampiri pengemis tersebut dan bertanyakan tujuan beliau meminta sedekah, lelaki itu berlakon seperti seorang yang pekak dan bisu sambil memegang beg kertas yang dipenuhi kepingan duit kertas.

“Berkali-kali penguatkuasa JKM meminta kad pengenalan bagi tujuan rekod operasi pada hari ini tetapi tidak mendapat respon daripada lelaki tersebut. Setelah didesak barulah lelaki tersebut bersuara.

“Normal rupanya. Beliau bukanlah seorang yang pekak dan bisu. Cuma seorang orang kurang upaya (OKU) fizikal (kedua-dua belah tangannya tidak normal). Beliau mengatakan bahawa kad pengenalannya berada di dalam kereta.



“Penguatkuasa JKM mengekori lelaki tersebut ke keretanya. Percaya atau tidak, seorang yang tadinya hanya berdiri meraih simpati orang ramai atas kekurangan dirinya memandu sebuah Proton X70 Flagship,” katanya.

Tambah hantaran tersebut, siasatan lanjut dijalankan mendapati pengemis itu tinggal di Balok, Kuantan dan akan ke pasar-pasar malam untuk menjalankan aktiviti pengemisan.

“Semakan juga mendapati lelaki itu menerima Elaun Pekerja OKU daripada pihak JKM sebanyak RM450 sebulan sejak tahun 2001 lagi. Dia juga mengakui bahawa kereta Proton X70 Flagship tersebut adalah miliknya,” ujarnya.

Menurut JKM Maran lagi, hasil kutipan daripada aktiviti pengemisan lelaki itu boleh mencecah sehingga RM500 bagi tempoh empat hingga lima jam berada di pasar-pasar malam.



“Lelaki tersebut dilepaskan dengan amaran oleh penguatkuasa JKM. Kita ingin ingatkan, tidak salah orang ramai untuk bersedekah tetapi bersedekalah kepada orang dan tempat yang betul,” ujarnya. K Online

Mengemis sampai mampu beli Proton X70

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Rindu slogan ‘Najib turun, ringgit naik’ – Akmal

Emma difitnah bertukar pasangan untuk seks



Marissa tanpa mekap dilabel ‘Muka Awam’

Ali Puteh bayar duit Hidayah, jumpa Hamzah lepas 4 tahun



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker