Legenda Bolasepak Pele Dalam Keadaan Stabil Di Hospital

Legenda Bolasepak Pele Dalam Keadaan Stabil Di Hospital

PELE dikatakan dalam keadaan stabil di hospital Sao Paulo, awal pagi tadi, di sebalik kebimbangan mengenai kesihatan juara Piala Dunia tiga kali itu.



Walaupun tidak disahkan secara rasmi, laporan memetik bahawa, pemain legenda berusia 82 tahun itu telah dipindahkan ke unit rawatan rapi kerana tidak lagi bertindak balas terhadap rawatan kemoterapi.



Bagaimanapun, laporan daripada akhbar Folha de Sao Paulo berkata keadaan Pele kini makin uzur.

Pele menjalani pembedahan bagi merawat barah usus tahun lalu dan sejak itu dia sering berulang-alik ke hospital.

Hospital Israelita Albert Einstein kemudian mengeluarkan kemas kini ringkas tentang keadaan kesihatan Pele.



Walaupun tidak merujuk secara khusus adakah Pele sedang menerima rawatan rapi, hospital itu menerusi satu kenyataan berkata: “Edson Arantes do Nascimento telah dimasukkan ke Hospital Israelita Albert Einstein bagi penilaian semula (program) rawatan kemoterapinya untuk barah usus yang dikenal pasti pada September 2021.



“Beliau masih menjalani rawatan dan keadaan kesihatannya kekal stabil.”

Hospital itu berkata Pele juga telah menunjukkan tindak balas yang baik terhadap rawatan jangkitan pernafasan dan keadaannya stabil dalam tempoh 24 jam terakhir.

Legenda Bolasepak Pele Dalam Keadaan Stabil Di Hospital

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392



Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

 

Senarai Penuh Menteri Kabinet Anwar

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker