Kabinet Anwar Paling Mengecewakan Dalam Sejarah – Muhyiddin

Kabinet Anwar Paling Mengecewakan Dalam Sejarah – Muhyiddin

Tindakan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim yang melantik kalangan ‘kleptokrat’ menunjukkan beliau telah menggadai prinsip tatakelola baik, seperti yang dijaja sewaktu kempen Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), dakwa Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Dalam satu kenyataan hari ini, Ahli Parlimen Pagoh yang juga bekas Perdana Menteri itu berkata, barisan Kabinet yang diumumkan Anwar pada Jumaat disifatkan sebagai “paling mengecewakan” dalam sejarah negara.

Muhyiddin berkata, ini kerana seorang (Ahli Kabinet) yang dipanggil membela diri terhadap 47 pertuduhan jenayah rasuah, pecah amanah, dan pengubahan wang haram di mahkamah telah dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri.
“Tindakan Anwar ini ibarat menjual maruah negara semata-mata kerana keinginannya menjadi Perdana Menteri.

“Kabinet kleptokrat yang tertubuh atas penipuan terhadap mandat rakyat ini tidak mempunyai sebarang keabsahan untuk berfungsi sebagai badan eksekutif tertinggi negara,” katanya lagi.

Dalam satu sidang media pada Jumaat, Anwar telah menamakan Pengerusi Barisan Nasional Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi sebagai Timbalan Perdana Menteri, yang turut memegang portfolio Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah.

Selain itu, Perdana Menteri turut menamakan Naib Presiden Gabungan Parti Sarawak Datuk Seri Fadillah Yusof sebagai Timbalan Perdana Menteri kedua, yang juga memegang portfolio Kementerian Perladangan dan Komuniti.

Muhyiddin mengkritik Anwar kerana memegang portfolio Kementerian Kewangan, satu amalan yang beliau sifatkan sebagai membawa kepada pemusatan kuasa dan penyelewangan berskala besar.

“Bagaimana rakyat dan pelabur boleh percaya terhadap kepimpinan Anwar apabila beliau ternyata berbohong kepada seluruh dunia mengenai agenda antirasuah, reformasi institusi dan pembelaan nasib rakyat jelata.

“Prinsip integriti, ketelusan dan akauntabiliti nyata dikompromi,” dakwa Muhyiddin lagi, selain mengkritik penamaan Nga Kor Ming sebagai Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, ahli politik yang beliau sifatkan terkenal cauvinis melampau.

“Agenda reform (Anwar) dilihat melemah kerana beliau sendiri tidak dapat mempertahankan agenda perjuangan partinya yang menentang penyelewengan, selain mempromosi tatakelola yang baik.

“Nilainya sebagai seorang pemimpin yang benar-benar boleh dihormati dan mempunyai maruah, kini boleh dipersoalkan,” kata Muhyiddin lagi. AA

Kabinet Anwar Paling Mengecewakan Dalam Sejarah – Muhyiddin

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

 

Senarai Penuh Menteri Kabinet Anwar

Dilantik sebagai Menteri Ekonomi: Ini masanya untuk Rafizi gunakan ‘Formula’ bantu negara!


Ronaldo bakal berhijrah ke Arab Saudi

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker