Sanusi kena belajar dari MB Perlis dan Kelantan

Mahfuz Omar berkata jika Sanusi Md Nor terus dengan sikapnya untuk bersengketa dengan kerajaan pusat, ia akan merugikan rakyat Kedah.

Sanusi kena belajar dari MB Perlis dan Kelantan

Menteri Besar Kedah Sanusi Md Nor diminta belajar daripada menteri besar Perikatan Nasional (PN) di Perlis dan Kelantan yang lebih berhemah dalam menjaga hubungan dengan kerajaan persekutuan.

Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Kedah, Mahfuz Omar, berkata jika Sanusi terus dengan sikapnya untuk bersengketa dengan kerajaan pusat, ia akan merugikan rakyat Kedah yang mahu melihat kelancaran program pembangunan di negeri ini.



“Bagi saya (sepatutnya) dia belajarlah daripada orang dia yang lebih berpengalaman. Malah saya lihat orang baharu menteri besar Perlis (Mohd Shukri Ramli), dia ini ‘low profile’ tetapi dia lebih berhemah untuk mendapat perhatian daripada kerajaan pusat dengan cara yang tidak kasar, dengan cara yang lemah lembut.

“… atau dari orang lama macam (menteri besar Kelantan) Ahmad Yakob, ini sepatutnya dilakukan kerana bagi saya satu kerugian kalau ia (persengketaan dengan kerajaan persekutuan) terus berlarutan,” katanya ketika ditemui pemberita malam tadi.

Menurut Mahfuz, sebarang ketegangan hubungan antara kerajaan Kedah dengan kerajaan persekutuan juga boleh menimbulkan kegusaran pelabur sama ada yang sudah melabur atau pun mereka yang berhasrat menanam modal di negeri ini.

Beliau berkata, Sanusi juga sepatutnya perlu lebih banyak menggunakan kedudukannya sebagai ketua kerajaan negeri untuk menerangkan kepada umum misi dan visinya bagi memajukan Kedah dan bukannya untuk mengeluarkan dakwaan atau sentimen politik demi kepentingan dirinya.



Justeru, Mahfuz menggesa Sanusi menyahut titah Sultan Kedah Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah, baru-baru ini yang menekankan pentingnya keharmonian hubungan antara kerajaan negeri dengan kerajaan persekutuan.

Sementara itu, Timbalan Ketua PKR Kedah, Nor Azrina Surip, dalam kenyataan berkata Sanusi perlu berhenti melakukan pembohongan berkait kerajaan perpaduan termasuk Perdana Menteri Anwar Ibrahim.

“Menteri besar adalah figura penting dalam sebuah negeri, bukan sahaja mewakili rakyat negeri Kedah secara keseluruhannya bahkan merangkumi pelbagai lapisan masyarakat termasuk parti politik yang menyokong atau tidak menyokong kepadanya sekarang diwakili oleh beliau di peringkat persekutuan,” katanya.

Sanusi sebelum ini dilaporkan membuat beberapa dakwaan termasuk konon dihalang daripada menghadiri sebarang majlis dan program anjuran kerajaan persekutuan serta mendakwa ada usaha menyingkirkannya mewakili Kedah dalam Majlis Kewangan Negara. FMT



Sanusi kena belajar dari MB Perlis dan Kelantan

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Cerai kerana anak – Syamsul Yusof



Najib boleh mohon ampun, walaupun ada lagi tiga kes dalam perbicaraan

Dalai Lama minta budak cium dan hisap lidah



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker