Ronaldo menangis, terduduk kecewa

Ronaldo menangis, terduduk kecewa

Lisbon: Cristiano Ronaldo dilihat menahan air matanya selepas Serbia meraih kemenangan dramatik 2-1 ke atas Portugal untuk layak ke Piala Dunia tahun depan sekali menyaksikan tuan rumah perlu beraksi pada perlawanan playoff.

Pemenang Euro 2016 itu dikejutkan oleh Serbia di Lisbon apabila pelawat bangkit daripada ketinggalan satu gol untuk memenangi perlawanan itu dan menjuarai Kumpulan A sekali gus layak ke Qatar pada tahun depan.

Bintang Manchester United berusia 36 tahun itu dilihat sebak selepas tamat perlawanan kerana peluangnya untuk membuat penampilan kali kelima di Piala Dunia masih belum pasti.

Skuad bimbingan Fernando Santos hanya perlu meraih keputusan seri pada perlawanan itu untuk layak ke Piala Dunia.

Bagaimanapun mereka dikejutkan dengan gol kemenangan penyerang Fulham, Aleksandar Mitrovic pada minit ke-90.

Pemain tengah Portugal, Joao Palhinha berkata: “Kami bertanggungjawab atas kekalahan ini kerana gagal beraksi dengan baik.

“Kami hanya bertahan pada separuh masa kedua. Tahniah kepada Serbia kerana mereka beraksi dengan sangat baik.

“Setiap orang di bilik persalinan berasa kecewa tetapi sekarang kami perlu fokus pada aksi playoff kerana kami sememangnya berhak untuk beraksi di Piala Dunia.” HM

Ronaldo menangis, terduduk kecewa


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU

Siakap kayangan, usahawan nyaris terkena

Restoran siakap kayangan ada 4 hari lagi jawab notis

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker