Bayi 10 bulan terkunci dalam kereta

Sebaran :

Bayi 10 bulan terkunci dalam kereta

ALOR GAJAH: Seorang ibu berdepan detik cemas selepas bayi perempuannya berusia 10 bulan terkunci dalam kereta di Taman Sri Pelangi di sini hari ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 9.50 pagi tadi, bayi tersebut bagaimanapun berjaya dikeluarkan dengan bantuan pasukan bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Alor Gajah.

Komander Operasi, Pegawai Bomba Kanan II Mohd. Nazri Mat Rais berkata, panggilan kecemasan diterima pada pukul 9.54 pagi dan sepasukan 14 anggota dikejarkan ke lokasi.



“Setiba di lokasi, kita dapati seorang bayi perempuan berusia 10 bulan terkunci dalam kereta jenis Proton Saga.

“Operasi menyelamat dilakukan dan mangsa berjaya dikeluarkan dalam masa kurang 10 minit,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia.

Mengulas lanjut, beliau berkata, kejadian itu dipercayai berlaku disebabkan fungsi kunci automatic (auto lock) kenderaan tersebut.

“Ketika ibu mangsa keluar daripada kereta, tiba-tiba kenderaan itu terkunci sendiri.



“Bayi tersebut bagaimanapun berada keadaan selamat dan diserahkan semula kepada ibunya,” jelasnya. Utusan

Bayi 10 bulan terkunci dalam kereta


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU

Siakap kayangan, usahawan nyaris terkena



Restoran siakap kayangan ada 4 hari lagi jawab notis


Sebaran :

Leave a Reply