Kamu jaga parti sendiri, Annuar beritahu calon PN Padang Serai

Kamu jaga parti sendiri, Annuar beritahu calon PN Padang Serai

Bekas setiausaha agung Barisan Nasional (BN) Annuar Musa mengingatkan calon Perikatan Nasional (PN) Padang Serai, Azman Nasarudin menjaga partinya dan jangan mencampuri urusan Umno.

Kenyataan itu menyusul dakwaan Azman dalam satu ceramah kempen PRU15 bahawa wujud gerakan oleh pemimpin Umno untuk mengalahkan presiden Ahmad Zahid Hamidi pada pemilihan parti itu.

“Dia jaga parti dia (Azman) sahajalah, urusan Umno biar Umno tentukan,” katanya kepada FMT.

Menerusi video dimuat naik pengguna Twitter dengan nama “Ibn_Hurairah”, menunjukka calon Parlimen Padang serai itu turut menyebut Annuar Musa, Khairy Jamaluddin dan Hishammuddin Hussein antara pemimpin Umno yang terlibat dalam gerakan itu.

“Pemilihan Umno akan berlaku dalam masa enam bulan, kempen-kempen oleh pemimpin yang menentang Zahid Hamidi sedang digerakkan.

“Pemimpin-pemimpin yang bukan kleptokrasi, antaranya Annuar Musa, Khairy Jamaluddin dan Hishammuddin Hussein sedang berusaha untuk mengalahkan Zahid Hamidi,” katanya.

Ditanya berhubung tindakan terhadap Azman apabila namanya turut dikaitkan, Annuar berkata beliau bersifat terbuka kerana merasakan setiap pihak bebas menyuarakan pendapat politik masing-masing.

“Ini semua politik…semua orang bebas beri pendapat,” katanya.

Terdahulu, media melaporkan beberapa pemimpin Umno mendesak presiden parti itu meletakkan jawatan susulan kekalahan pada PRU15. FMT

Kamu jaga parti sendiri, Annuar beritahu calon PN Padang Serai


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Perlantikan kabinet, Annuar Musa kini ‘bertukar nada’

Bila Formula Rafizi Akan Mula Dilaksanakan?

Ronaldo bakal berhijrah ke Arab Saudi

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker