Kabinet Perpaduan: Majlis angkat sumpah Senator dijadualkan esok pagi

KUALA LUMPUR: Satu majlis mengangkat sumpah Senator Dewan Negara dijadual berlangsung di Parlimen esok.

Yang di-Pertua Dewan Negara, Tan Sri Rais Yatim ketika dihubungi mengesahkan majlis itu akan berlangsung pada jam 8.30 pagi.

“Senarai embargo pagi esok. Majlis jam 8.30 pagi,” katanya di sini, pada Jumaat.

Sementara itu, sumber Parlimen pula memberitahu, pegawai Dewan Negara telah diminta untuk melakukan persediaan bagi upacara berkenaan sejak awal pagi tadi.

Begitupun, Majlis Angkat Sumpah berkenaan hanya akan diadakan sebaik pengesahan sekiranya terdapat senator yang dilantik sebagai menteri Kabinet selepas pengumuman dibuat oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada jam 8.15 malam ini.

“Sebab jangkaan kalau ada senator.. tetapi kami diminta bersiap sedia sahaja.

“Angkat sumpah Senator dulu (jika ada) dan selepas itu baru boleh angkat sumpah sebagai menteri Kabinet.

“Kalau ada senator diumum sebagai menteri Kabinet, individu itu memerlukan mengangkat sumpah pagi esok.

“Kami terima arahan daripada pejabat Setiausaha Dewan Negara untuk bersiap sedia kerana Majlis Angkat Sumpah ini dikendalikan oleh mereka,” kata sumber itu.

Dalam pada itu, sebuah portal berita Bahasa Inggeris melaporkan antara nama yang disebut-sebut akan dilantik sebagai Senator ialah Setiausaha Agung PKR, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, yang tewas dalam saingan di kerusi Parlimen Kulim Bandar Baharu pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Selain itu, bekas Menteri Pendidikan, Maszlee Malik, yang tewas di kerusi Parlimen Simpang Renggang kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Benut, Datuk Seri Hasni Mohammad.

Portal itu turut melaporkan, seorang lagi yang dijangka mengangkat sumpah sebagai Senator ialah Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz.

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Perlantikan kabinet, Annuar Musa kini ‘bertukar nada’

Bila Formula Rafizi Akan Mula Dilaksanakan?

Ronaldo bakal berhijrah ke Arab Saudi

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker