Pemain JDT tolak panggilan skuad Harimau Malaya, ‘mereka bukan mesin’ – TMJ

PEMILIK Johor Darul Ta’zim (JDT), Tunku Ismail Sultan Ibrahim mempertahankan tindakan 14 pemain yang menolak panggilan skuad Harimau Malaya bagi mengharungi saingan Piala AFF pada 21 Disember.

“Piala AFF adalah piala yang mengacau pemain dan jadual pertandingan.

“Piala AFF habis 15 Januari, bila nak dapat cuti? Satu tahun main bola dan berlatih tanpa henti, cuti hanya 6 hari dalam satu tahun? Pemain bukan mesin,” katanya di laman sosial miliknya.

Tunku Ismail berkata, pemain tidak menolak panggilan skuad kebangsaan sebarangan kerana mereka memberikan yang terbaik apabila menyarung jersi negara.

“Pemain tidak menolak (panggilan skuad negara) buta-buta. Mereka sentiasa memberikan komitmen yang tinggi apabila mewakili pasukan kebangsaan.

“Kita boleh tengok dengan persembahan pemain dalam pasukan kebangsaan apabila mereka bermain di setiap pertandingan yang ada dalam kalendar FIFA (Persekutuan Bolasepak Antarabangsa). Tetapi, pemain juga adalah manusia yang bekerja, berlatih dan main sejak bulan Januari.

“Manusia mana kerja tanpa cuti? Apabila liga atau pertandingan kita rehat, pemain kebangsaan tiada rehat kerana mereka ada latihan pusat selama tiga minggu,” katanya.

Media sebelum ini melaporkan, 12 pemain yang sebahagian besarnya pemain JDT tidak dapat bersama pasukan negara dan kemudian disusuli dua pemain Kuala Lumpur City FC, Akram Mahinan dan Declan Lambert turut menolak panggilan itu.

Menurut Tunku Ismail, tempoh latihan pusat skuad kebangsaan adalah paling lama berbanding negara lain yang mengadakannya selama seminggu sahaja.

“Kita adalah satu-satunya negara yang latihan pusat paling lama. Negara jiran semua dah ikut konsep Eropah di mana latihan pusat hanya seminggu sebelum perlawanan,” katanya.

Skuad Harimau Malaya ketika ini giat melakukan persiapan menghadapi dua aksi persahabatan menentang Kemboja dan Maldives pertengahan bulan ini, sebelum saingan Piala AFF pada hujung bulan.

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Nabila Razali nikah senyap-senyap?

Dituduh jadi ejen Israel, Anwar arah polis ambil tindakan – Fahmi

Orang baik dan orang jahat tak boleh duduk bersama – Tuan Ibrahim

Related Articles

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker