Kabinet Kerajaan Perpaduan: Tiada pengumuman buat hari ini dan esok

 

PUTRAJAYA – Pembentukan kabinet Kerajaan Perpaduan hampir pasti tidak berlaku dalam masa terdekat.

Ia selepas Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dijadual menghadap Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah di Istana Kinta jam 10 pagi pada Jumaat.



Setelah itu Anwar menghadiri program walkabout dan sesi beramah mesra di Pasar Tanjung Rambutan.

Beliau kemudiannya akan menunaikan solat Jumaat dan program Kenduri Rakyat di Masjid Muhammad Al-Fateh, Taman Jati, Ipoh selepas memenangi Parlimen Tambun pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) lalu.

Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah pula berangkat ke Pekan Pahang untuk solat Jumaat dan majlis pengurniaan bot serta sumbangan kepada asnaf.

Al-Sultan Abdullah turut dijadualkan berangkat ke luar negara pada Sabtu ini.



Sementara itu, agensi berita melaporkan Anwar memohon penangguhan untuk mengumumkan senarai kabinet kepada minggu hadapan berikutan memerlukan lebih banyak masa.

Ia menjadikan Anwar telah bekerja enam hari secara keseorangan tanpa kabinet selepas mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri pada 25 November lalu.

Bagaimanapun tempoh itu dilihat masih relevan bagi setiap pemimpin yang dilantik menjawat jawatan tersebut.

Sebelum ini, Tun Dr Mahathir Mohamad dan Tan Sri Muhyiddin Yassin memerlukan lapan hari sebelum mengumumkan senarai kabinet masing-masing.



Dr Mahathir mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri ke-lapan pada 10 Mei 2018 selepas Pakatan Harapan menumpaskan BN pada PRU14.

Muhyiddin pula mengangkat sumpah pada 1 Mac 2020 selepas 22 bulan kerajaan Persekutuan diterajui Dr Mahathir berakhir.

Bagaimanapun Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hanya memerlukan lima hari untuk mengumumkan senarai kabinet selepas beliau mengangkat sumpah pada 21 Ogos 2021.

 



Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]



Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Nabila Razali nikah senyap-senyap?



Dituduh jadi ejen Israel, Anwar arah polis ambil tindakan – Fahmi

Orang baik dan orang jahat tak boleh duduk bersama – Tuan Ibrahim

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker