Disangka lari, rupanya mangsa kemalangan tercampak dalam longkang

Disangka lari, rupanya mangsa kemalangan tercampak dalam longkang

Jeli: Perjalanan pulang berbuka puasa di rumah ibu di Kampung Kalai, di sini, berakhir tragedi apabila sebuah keluarga terbabit dalam nahas yang mengorbankan dua mangsa.

Dalam kemalangan jam 10.45 malam di Kilometer 108, Jalan Raya Timur Barat itu, Mohd Hazlan Ibrahim@Saleh, 33, meninggal dunia manakala isterinya, Norshara Ezila Mohd Asri, 31, serta dua anak perempuan mereka yang berusia 6 dan 8 tahun cedera parah.

Seorang lagi mangsa yang terkorban, Muhamad Baijuri Mohd Shariff, 26, pada asalnya disangkakan melarikan diri selepas ‘hilang’ di lokasi kemalangan.

Mayat mangsa akhirnya ditemukan ahli keluarga pada jam 7 pagi tadi di dalam longkang kira-kira 10 meter dari lokasi.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Kelantan, Superintendan Shuhaimi Jusoh berkata, siasatan awal mendapati Proton Wira dipandu Muhamad Baijuri terbabas dan masuk ke laluan bertentangan.

“Proton Wira itu terus merempuh Perodua Alza yang dinaiki Mohd Hazlan bersama isteri dan tiga anaknya yang datang dari arah Batu Melintang ke Jeli dan difahamkan mereka baru pulang berbuka puasa di rumah ibu Mohd Hazlan di Kampung Kalai.

“Kedua-dua pemandu maut di lokasi kejadian yang mana jasad Muhamad Baijuri ditemukan dalam longkang kira-kira 10 meter dari lokasi.

“Pada asalnya pemandu Proton Wira itu didapati tiada di lokasi selepas kejadian dan kami cuba mengesan namun gagal sebelum jasadnya ditemukan ahli keluarga pagi tadi,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Shuhaimi berkata, dua mangsa yang maut dibawa ke Hospital Jeli untuk proses bedah siasat termasuk isteri Mohd Hazlan manakala dua mereka yang patah di beberapa anggota badan dirawat di Hospital Tanah Merah.

Seorang lagi anak Mohd Hazlan yang berusia setahun, Mohd Akil Arash, tidak mengalami sebarang kecederaan.

Kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987. HM

Disangka lari, rupanya mangsa kemalangan tercampak dalam longkang


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Drama Raya PETRONAS 366 gambaran ketabahan rakyat Malaysia (Video)

Dituduh memondan, Aliff Syukri nak saman pula

Berjuta tonton, saya akan buat konsert pula – Aliff Syukri

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker