Puntianak bertenggek ‘teman’ pengendali jengkaut (Video)

Puntianak bertenggek ‘teman’ pengendali jengkaut (Video)

JAKARTA – Sebuah video tular di media sosial memaparkan penampakan lembaga putih dipercayai puntianak bertenggek di atas dahan sebatang pokok sambil merenung seorang pengendali jengkaut yang bekerja pada waktu malam, lapor laman berita Tribunnews semalam.

Kejadian berlaku di Banyumas, dalam wilayah Jawa Tengah.



Dalam video tersebut, pengendali jengkaut itu pada awalnya sedang mengorek tanah di sebuah lokasi.

Dia kemudian menghalakan kamera telefon bimbit ke arah sebatang pokok selepas menyedari kehadiran lembaga tersebut.

Susuk kain berwarna putih dilihat jelas berada di atas dahan pokok di hadapan pekerja berkenaan.

“Bila bekerja lebih masa, saya terasa lebih ‘bersemangat’,” katanya sebelum melarikan diri.



Video itu menjadi tular dan menerima pelbagai komen netizen.

“Saya pernah lihat puntianak seperti itu. Bajunya putih bersih tetapi mujur hanya nampak di bahagian belakang kerana ia pasti amat menyeramkan,” kata seorang netizen. K Online

[videopress nu1KY751]

Puntianak bertenggek ‘teman’ pengendali jengkaut (Video)

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Tinggalkan solat Jumaat kerana bermusafir, ini hukumnya

Ruhainies baru balik umrah kan, kenapa seksi sangat? (Video)



Boikot Starbucks, Berjaya Food rugi RM 33.16 juta suku ketiga

Isteri menjadi dosa jika lakukan 2 ibadah ini



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker