Tak puas hati dihon, penunggang motosikal pecah cermin kereta

Tak puas hati dihon, penunggang motosikal pecah cermin kereta

Berang dihon, seorang lelaki bertindak agresif dengan memecahkan cermin kereta dengan menggunakan topi keledar berhampiran lampu isyarat Jalan Sekilau, Taman Tenaga, Cheras, Kuala Lumpur.

Ketua Polis Cheras, Zam Halim Jamaluddin, berkata kejadian dipercayai berpunca apabila pengadu bertindak membunyikan hon kepada suspek yang dikatakan melanggar lampu isyarat.

Beliau berkata, video tular mengenai kejadian itu mula dikesan pihaknya pada 8.30 pagi hari ini.



“Pada 27 Nov 2022 jam lebih kurang 9.39 malam, polis menerima laporan polis kejadian ini dan sehingga kini beberapa saksi telah dirakam percakapan.

“Kes disiasat bawah Seksyen 427 Kanun Keseksaan dan siasatan terperinci sedang dilakukan berhubung kejadian ini,” katanya dalam kenyataan.

Sehubungan itu, Zam berkata individu yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian diminta tampil bagi membantu siasatan dengan menghubungi Hotline Polis Cheras di talian 03 9284 5050/5051, Hotline Polis Kuala Lumpur di 03 2115 9999 atau balai polis berdekatan.
FMT

Tak puas hati dihon, penunggang motosikal pecah cermin kereta




Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Nabila Razali nikah senyap-senyap?

Dituduh jadi ejen Israel, Anwar arah polis ambil tindakan – Fahmi

Orang baik dan orang jahat tak boleh duduk bersama – Tuan Ibrahim

Related Articles

Back to top button
%d bloggers like this:

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker