Man Kidal bangkit daripada kesusahan selepas dapat bantuan LZS

Man Kidal bangkit daripada kesusahan selepas dapat bantuan LZS

Pemain gitar legenda, Man Kidal mengakui kembali bangkit dan bersemangat untuk keluar daripada kesusahan hidup selepas menerima bantuan daripada Lembaga Zakat Selangor (LZS).

Man Kidal atau nama sebenarnya Abdul Rahman Mahmood, 58, berkata, bantuan dihulurkan LZS pada tahun lalu membantu dari segi emosinya yang terganggu lebih-lebih lagi selepas dijangkiti COVID-19 dan menanggung kerugian hampir setengah juta ringgit dalam bisnes.

“Sebelum berlakunya PKP (Perintah Kawalan Pergerakan), saya sudah mengeluarkan modal dan melabur sebanyak 50 peratus dalam industri ini.

“Sebaik sahaja negara melaksanakan PKP, ekonomi saya tergugat teruk dan sudah melabur banyak, tambahan pula PKP ini sesuatu yang tidak dijangka,” katanya pada Sembang LZS di Facebook pada Ahad.

Program sembang LZSA yang dihoskan Anim Ezati Rizki itu berlangsung kira-kira 33 minit.

Ujar Man Kidal, tempoh PKP adalah sesuatu yang paling sukar sepanjang tempoh 45 tahun beliau bergiat aktif dalam dunia seni tanah air.

Katanya, dikategorikan sebagai asnaf sementara oleh LZS sememangnya tidak pernah dijangka apatah lagi sebelum ini menjadi pembayar zakat.

“Waktu saya berniaga dulu memang sebulan sekali saya membayar zakat dan ini sangat penting untuk kita membantu mereka yang susah.

“Tetapi apabila terkena pada diri saya, di sinilah pentingnya zakat untuk meringankan beban kerana pada masa saya berniaga kita tak rasa (kesusahan), tetapi bila kita menerima (barulah) kita faham,” ujarnya.

Jelas Man Kidal, LZS amat membantu kehidupannya dan keluarga terutama semasa mereka hilang mata pencarian.

Katanya, melalui bantuan LZS itu, dia lebih bersemangat untuk menambah pendapatan dan keluar daripada kesusahan.

“Bantuan LZS amat membantu saya untuk bergerak dan menghilangkan beban terutama selepas dijangkiti COVID-19,” kata beliau.

Sementara itu, Ketua Operasi Agihan Petaling LZS, Syaril Ritin berkata, bantuan kali pertama dihulurkan LZS kepada Man Kidal ialah semasa beliau menyerahkan bantuan makanan di rumah artis itu pada tahun lalu.

Ujar Syaril, pada waktu itu, beliau hanya meletakkan bantuan di luar rumah disebabkan Man Kidal dijangkiti COVID-19.

“Beberapa hari kemudian kecoh di media sosial Man Kidal berterima kasih kepada LZS atas sumbangan dihulurkan sebelum saya sendiri terima panggilan daripada Man Kidal untuk membantu bagi proses bantuan seterusnya.

“Keperluan disalurkan LZS kepada Man Kidal ialah bantuan berbentuk kewangan bulanan untuk menampung keperluan asasi.

“Selain itu, bantuan makanan, bantuan perubatan isterinya yang mengalami masalah lutut,” kata beliau. Sinar

Man Kidal bangkit daripada kesusahan selepas dapat bantuan LZS


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Nabila Razali nikah senyap-senyap?

Dituduh jadi ejen Israel, Anwar arah polis ambil tindakan – Fahmi

Orang baik dan orang jahat tak boleh duduk bersama – Tuan Ibrahim

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker