Siapa Syihan, saya tak kenal – TMJ

Siapa Syihan, saya tak kenal – TMJ

Pemilik Johor Darul Ta’zim (JDT), Tunku Ismail Sultan Ibrahim menegaskan skuad Harimau Selatan harus dilabel pasukan ‘underdog’ musim depan.

Ini kerana katanya, JDT tidak akan melabur untuk mendapat khidmat pemain baharu ketika beberapa pasukan lain tampak begitu sibuk melakukan penambahbaikan dalam pasukan masing-masing.

Bercakap selepas perlawanan persahabatan antarabangsa antara JDT dan Borussia Dortmund di Stadium Sultan Ibrahim malam tadi, Tunku Ismail turut menegaskan rekod cemerlang pasukan itu pada musim ini tidak mampu untuk dilakukan sekali lagi kerana ia sukar.

“Saya menyifatkan pada musim 2023, JDT adalah underdog kerana kami tidak melaburkan wang dan JDT bukanlah pasukan yang akan dicabar kerana kami lebih selesa untuk menjadi pasukan bukan pilihan pada musim depan.

“Sepanjang 10 tahun saya dalam industri bola sepak dan pada saya ini adalah kejayaan paling bermakna kerana kami menang banyak piala daripada pasukan bawah 12 tahun hinggalah ke pasukan utama terutama JDT yang mengharungi 35 perlawanan domestik tanpa kalah.

“Bagi saya ini adalah kejayaan yang paling hebat dalam karier saya di dalam industri bola sepak Malaysia sejak sedekad lalu dan saya rasa perkara ini sukar untuk diulangi lagi. Saya yakin 100 peratus tetapi kalau boleh pencapaian ini diulangi ianya sangat bagus tetapi saya sedar ia sangat sukar,” kata Tunku Ismail

Untuk musim 2022 ini, JDT menyapu bersih kesemua trofi domestik dengan menjuarai Liga Super, Piala FA, Piala Sultan Ahmad Shah dan Piala Malaysia dengan rekod cemerlang tanpa kalah sepanjang musim dalam semua kejuaraan yang dipertandingkan.

Ditanya mengenai khabar angin bahawa JDT sudah menandatangani penjaga gawang Negeri Sembilan FC, Ahmad Syihan Hazmi Mohamed, Tunku Ismail secara berseloroh mengatakan tidak mengenali pemain terbabit.

“Siapa Syihan. Saya tidak kenal,” kata Tunku Ismail secara berseloroh sebelum beredar dari ruang media di Stadium Sultan Ibrahim. BH

Siapa Syihan, saya tak kenal – TMJ


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Nabila Razali nikah senyap-senyap?

Dituduh jadi ejen Israel, Anwar arah polis ambil tindakan – Fahmi

Orang baik dan orang jahat tak boleh duduk bersama – Tuan Ibrahim

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker