Hishammuddin, Ismail disertakan dalam Jemaah Menteri Anwar?
Hishammuddin, Ismail disertakan dalam Jemaah Menteri Anwar?
Hishammuddin Hussein dan bekas perdana menteri Ismail Sabri Yaakob mungkin tidak akan disertakan dalam Jemaah Menteri baharu Anwar Ibrahim, menurut sumber.
Jika mereka disertakan dalam Jemaah Menteri kali ini, ia akan menjadi “kejutan yang hebat” walaupun Ismail dan Hishammuddin, masing-masing menjadi menteri sejak 2008 dan 1998, lebih berpengalaman dalam kerajaan berbanding kebanyakan Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN).
Kedua-dua pemimpin Umno itu telah dilaporkan secara meluas mengambil pendirian menentang kerjasama Umno dengan Pakatan Harapan (PH).
“Jadi jika mereka dilantik menganggotai Jemaah Menteri, ia satu kejutan besar,” kata sumber yang enggan dinamakan itu.
“Saya yakin malah penyokong Anwar yang paling kuat akan merasakan pelantikan Hishammuddin dan Ismail (dalam Jemaah Menteri) sesuatu yang membingungkan.
Dalam kerajaan pimpinan Ismail sebagai perdana menteri, Hishammuddin ialah menteri kanan bagi keselamatan dan menteri pertahanan.
Ketika berlakunya kebuntuan politik selepas pilihan raya umum ke-15 (PRU15), Hishammuddin berkata, beliau berpegang teguh pada pendiriannya menentang kerjasama dengan PH.
Katanya pada 21 Nov, beliau tidak akan mengubah pendiriannya dan sanggup dipecat daripada Umno oleh pihak yang sebelum ini menganjurkan prinsip “tolak Anwar, tolak DAP”.
Pada hari berikutnya, Ismail juga berkata beliau tidak akan bekerjasama dengan PH dalam apa jua keadaan, berikutan pengumuman BN untuk membentuk blok pembangkang Parlimen dan tidak menyokong mana-mana daripada dua gabungan yang bersaing untuk memerintah.
Bagaimanapun, BN selepas itu bersetuju menyokong kerajaan perpaduan yang akan ditubuhkan oleh Anwar, juga pengerusi PH, yang dilantik menjadi perdana menteri pada Khamis.
Timbul persoalan mengenai 10 Ahli Parlimen BN yang pada mulanya menyokong usaha Perikatan Nasional (PN) membentuk kerajaan.
Difahamkan bahawa 10 Ahli Parlimen itu mendakwa mereka telah diperdaya oleh seorang pemimpin kanan Umno untuk menyokong PN.
“Jadi mereka (10 Ahli Parlimen) masih dalam pertimbangan (untuk disertakan dalam Jemaah Menteri). Tetapi pemimpin yang mengelirukan mereka harus bertanggungjawab,” kata sumber itu.
Anwar dijangka menamakan anggota Jemaah Menterinya dalam masa beberapa hari. Beliau mengetuai kerajaan perpaduan yang terdiri daripada PH, BN, Gabungan Parti Sarawak dan Gabungan Rakyat Sabah, dengan sokongan Ahli Parlimen Muda, Warisan, Parti Bangsa Malaysia dan bebas. FMT
Hishammuddin, Ismail disertakan dalam Jemaah Menteri Anwar?
Baca Artikel Menarik:
- Himpunan desak Zahid undur dibatalkan
- Sendiri tak mahu letak jawatan, jangan minta orang lain berundur
- Operasi MYAirline bermula dengan tiket serendah RM48
- Tepati janji manifesto anda, TI-M beritahu Anwar
- PM umum GRS secara rasmi sertai Kerajaan Perpaduan
- Jangan simpan lagi, dedahkan nama 42 ahli Parlimen sokong PN – Shahrir
- Tok Mat bakal TPM?
- Anwar harus bentuk Jemaah Menteri berprestasi, disenangi
- Kerajaan Anwar tiada keabsahan moral – Faizal
- PAS akan bincang tawaran sertai kerajaan perpaduan
- Video panas, Ismail Izzani dikecam teruk
- PAU 2022 tiada pemilihan parti – Razlan
- TPM milik BN dan GPS – Anwar
- Annuar dilantik sebagai presiden Muafakat Nasional
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Video Ismail Izzani tular, Suliza Salam pertahan anaknya
Aedy Ashraf kantoi bercumbu di kelab malam, tampil beri penjelasan
You must be logged in to post a comment.