Safawi akhirnya jaringkan gol

Safawi akhirnya jaringkan gol

Laman Instagram pemain Johor Darul Ta’zim (JDT), Safawi Rasid dihujani dengan ucapan tahniah daripada penyokong bola sepak tempatan dan rakan selebriti tempatan.

Sekalipun hanya memuatnaik hantaran ‘Bismillahirrahmanirrahim’, ia seakan memberi bayangan mengenai berita pernikahannya bersama pempengaruh, Syifa Melvin.

Malah, Syifa turut meninggalkan komen hati berwarna merah pada hantaran Safawi itu.

Antara lain, Lia Natalia meninggalkan komen Alhamdulillah dan jajatalib yang meninggalkan komen sama iaitu Syukur Alhamdulillah dan yeyaanazari yang mengucapkan ‘Tahniah pawi. Selamat pengantin baru.’

Tidak kurang juga ada penyokong yang turut mengharapkan Safawi mampu kembali bersinar selepas melangsungkan perkahwinan.

Ohi9019 pula menulis ‘harap lepas kahwin dapat balik rentak amin’ dan mummyiesya dengan komen ‘semoga dipermudahkan segalanya. Harap lepas kahwin jadi lagi power bro’ dan kayeeeld yang menulis ‘sapawi finally scored.’

Terdahulu, meskipun tetap berdiam diri mengenai berita perkahwinan mereka yang sudah tersebar luas, namun Safawi dan Syifa Melvin, 28, dikatakan akan bernikah hari ini.

Ia berikutan, sudah tersebar pula kad undangan majlis ijab dan kabul mereka, Muhammad Safawi dan Nur Syifa Athirah yang akan berlangsung di sebuah hotel terkemuka di Petaling Jaya pada jam 7 malam sehingga 11 malam ini dengan tema pakaian serba putih dan menutup aurat. BH

Safawi akhirnya jaringkan gol


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Video Ismail Izzani tular, Suliza Salam pertahan anaknya

Aedy Ashraf kantoi bercumbu di kelab malam, tampil beri penjelasan

Bangun Nad, kita ada PM baru – Sharifah Amani

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker