Jawatan MB bukan punca rundingan BN-PN gagal – Wan Rosdy

Jawatan MB bukan punca rundingan BN-PN gagal – Wan Rosdy

Pengerusi BN Pahang Wan Rosdy Wan Ismail menolak dakwaan perebutan jawatan menteri besar antara BN dan PN mengakibatkan rundingan antara dua gabungan itu gagal.

Dia yang mengangkat sumpah sebagai menteri besar hari ini berkata, BN memilih untuk bekerjasama dengan PH bagi membentuk kerajaan negeri bersandarkan tiga asas utama yang dipersetujui kedua-dua pihak.

“Bukanlah penyebab utama (jawatan menteri besar), sebab masa kita berbincang ada tiga sebab utama (untuk membentuk kerajaan Pahang).



“Jadi (sekarang) kerajaan perpaduan di Pahang, sama dengan peringkat Persekutuan,” katanya dalam sidang media di Pekan, Pahang, hari ini.

Sidang media ini merupakan penampilan pertama Wan Rosdy dengan media selepas keputusan PRU15 diumumkan Sabtu lalu.

Dalam PRU15, BN menang 16 kerusi diikuti dengan PN (17 kerusi) dan PH (lapan kerusi).

Ia membawa kepada keadaan DUN tergantung memandangkan tiada gabungan yang mendapat majoriti mudah iaitu 21 kerusi.



Sebelum ini, PN Pahang mendakwa sikap tamak BN negeri itu telah menggagalkan rundingan mereka untuk menubuhkan kerajaan negeri.

Pengerusinya Saifuddin Abdullah berkata, BN bukan sahaja tidak mahu melepaskan jawatan menteri besar, bahkan turut bertegas untuk mengambil tujuh jawatan Exco.

Bagaimanapun Wan Rosdy hari ini berkata, perkara paling penting dalam rundingan, sama ada dengan PH mahupun PN, adalah bagi memastikan kestabilan pentadbiran negeri.

“BN Pahang berpendirian bahawa kerjasama antara blok adalah satu pendekatan baru yang mesti menjadi pilihan sekali gus membuktikan keterbukaan untuk bekerjasama dengan mana-mana blok, sama ada PH atau PN demi kebaikan rakyat.



“Selain itu, sebab kedua pula ialah sebarang pilihan (kerjasama) mestilah mengambil kira keupayaan gabungan untuk membawa kestabilan kepada negeri Pahang.

“Dan akhir sekali, pembentukan kerajaan negeri yang baru perlu selari dengan ‘kerajaan perpaduan’ yang dibentuk di peringkat Persekutuan,” katanya.

Dia turut memberi jaminan barisan Exco yang akan dilantik akan merangkumi Adun dari BN dan PH.

“(Buat masa ini) masih dalam perbincangan, belum muktamad lagi, kita cuba (selesaikan lantikan Exco) dalam masa terdekat, (kerajaan) persekutuan pun tak umum lagi (barisan) kabinet,” katanya lagi.

Beri kelebihan di Tioman

Ditanya sama ada kerjasama BN dan PH dalam membentuk kerajaan negeri akan mempengaruhi pilihan raya kecil DUN Tioman, Wan Rosdy berpandangan ia akan memberi kelebihan kepada BN.

“Sekarang kita dah bekerjasama, Kita akan bincanglah dan kalau mereka (PH) boleh bagi laluan, lagi bagus,” katanya.

Ditanya mengenai kemungkinan PN Pahang akan menjadikan kerjasama dengan DAP sebagai senjata untuk menyerang BN, dia percaya ia tidak akan memberi kesan kepada peluang BN untuk mempertahankan kerusi DUN Tioman.

“Dalam kerajaan yang ada hari ini, ada PH. Sebelum ini PH bertanding, BN bertanding. Kalau kita dah ada kesepakatan, mungkin lebih mudah kepada BN,” katanya lagi. FMT

Jawatan MB bukan punca rundingan BN-PN gagal – Wan Rosdy


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Video Ismail Izzani tular, Suliza Salam pertahan anaknya

Aedy Ashraf kantoi bercumbu di kelab malam, tampil beri penjelasan

Bangun Nad, kita ada PM baru – Sharifah Amani

Related Articles

Back to top button
%d bloggers like this:

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker