Keputusan Anwar tolak guna Mercedes S600 bukan luar biasa

Keputusan Anwar tolak guna Mercedes S600 bukan luar biasa

Pegawai kepada Ismail Sabri Yaakob mendedahkan bekas perdana menteri itu pernah menolak untuk menggunakan kenderaan import kalis perlu sebagai kenderaan rasmi.

Pengarah media dan strategik komunikasi kepada bekas perdana menteri itu, Ruhaidini Abd Kadir, berkata keputusan perdana menteri kesepuluh Anwar Ibrahim menolak menggunakan kenderaan import bukanlah sesuatu yang luar biasa.



“Keputusan Perdana Menteri ke-10, Anwar menolak untuk menggunakan kenderaan rasmi (import) yang baru bukan perkara luar biasa.

“Perdana Menteri ke-9, Ismail Sabri Yaakob juga pernah menolak untuk menggunakan kenderaan kalis peluru yang disediakan kerajaan untuk beliau.

“Sepanjang bergelar perdana menteri, Ismail Sabri lebih selesa menggunakan kenderaan jenis MPV yang telah digunakan oleh pentadbiran terdahulu,” katanya dalam satu hantaran di Facebooknya, hari ini.

Terdahulu hari ini media melaporkan Anwar hanya akan menggunakan kenderaan sedia ada bagi urusan harian dan menolak daripada menggunakan kenderaan jenis Mercedes Benz S600 yang dibeli Jabatan Perdana Menteri (JPM) sebelum dia memasuki pejabat.



Anwar berkata keputusan tersebut diambil kerana tidak mahu sebarang perbelanjaan baru dibuat ke atasnya.

“Saya ingin memaklumkan bahawa semalam saya telah menolak untuk menggunakan sebuah kenderaan jenis Mercedes S600 yang telah dibeli dan diperoleh Jabatan Perdana Menteri (JPM) sebelum saya memasuki pejabat.

“Sebaliknya, saya telah membuat keputusan untuk menggunakan apa saja kenderaan sedia ada di pejabat untuk kegunaan harian,” katanya dalam hantaran di Facebooknya.

Selain itu, Ruhaidini berkata Ismail Sabri juga enggan meluluskan pengubahsuaian pesawat khas bagi kegunaan rasmi perdana menteri.



“Bahkan, Ismail Sabri juga enggan meluluskan permohonan untuk mengubahsuai pesawat khas (Perdana 1) bagi kegunaan rasmi perdana menteri.

“Ismail Sabri juga terus tinggal di rumah peribadi dan memilih untuk tidak berpindah ke Seri Perdana, meskipun kediaman rasmi perdana menteri telah indah diubahsuai,” katanya. Mk

Keputusan Anwar tolak guna Mercedes S600 bukan luar biasa


Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Video Ismail Izzani tular, Suliza Salam pertahan anaknya

Aedy Ashraf kantoi bercumbu di kelab malam, tampil beri penjelasan



Bangun Nad, kita ada PM baru – Sharifah Amani



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker