Lantikan politik PH harus letak jawatan

Lantikan politik PH harus letak jawatan, kata wakil rakyat PKR

Seorang ahli Parlimen PKR mencadangkan lantikan-lantikan politik kerajaan Pakatan Harapan melepaskan jawatan masing-masing memandangkan perubahan pentadbiran, selepas krisis selama seminggu yang menyaksikan Muhyiddin Yassin menggantikan Dr Mahathir Mohamad sebagai perdana menteri.

Ahli Parlimen Subang, Wong Chen beritahu FMT pertama-tamanya, PH sepatutnya tidak membuat pelantikan politik, terutama melantik ahli-ahli Parlimen.

Beliau mengulas laporan Malaysiakini memetik Pengerusi DAP, Tan Kok Wai mengatakan parti itu memutuskan ahli-ahli dan pemimpinnya tidak akan meletakkan jawatan di badan-badan kawal selia kerajaan.

Ahli Parlimen Cheras itu berkata ini kerana PH adalah kerajaan sah yang mendapat mandat rakyat pada pilihan raya umum ke-14.

Wong berkata ahli-ahli Parlimen tidak patut menjadi lantikan politik sebalik ditugaskan dalam jawatan-jawatankuasa khas Parlimen dan kumpulan-kumpulan persahabatan diplomatik.

“Kalau orang-orang dalam badan-badan kerajaan dan syarikat-syarikat berkaitan kerajaan adalah lantikan politik semata-mata dan bukan berdasarkan merit atau kebolehan, maka logiknya lantikan-lantikan ini harus meletak jawatan apabila lanskap politik berubah.

“Harapan saya, di masa depan mana-mana kerajaan pun yang memerintah, budaya lantikan politik akan dihentikan sama sekali.”

Lee Kuok Tiung dari Universiti Malaysia Sabah juga berkata lantikan politik PH harus meletakkan jawatan.

“Sebelum PRU-14, PH berkata tidak akan ada lagi lantikan politik di GLC dan syarikat-syariakt ini mesti diketuai golongan profesional. Tetapi apa yang kita nampak dalam 21 bulan lepas?”

Pengkritik PH membidas lantikan politik gabungan itu sepanjang ia memerintah, termasuk pelantikan bekas ahli DAP, Hew Kuan Yau sebagai ketua pegawai eksekutif Majlis Perniagaan Malaysia-China, dan pelantikan Mohamed Haniff Khatri Abdulla, yang pernah menjadi peguam Mahathir, sebagai pengerusi Lembaga Pembangunan Wilayah Pulau Pinang.

Ahli majlis tertinggi PPBM, Redzuan Yusof bagaimanapun berkata apa yang lagi penting adalah lantikan politik kekal tidak partisan.

“Selagi mereka tidak partisan dalam menjalankan tugas-tugas mereka di badan-badan kawal selia, saya fikir tidak mengapa,” kata Redzuan, yang menyokong Muhyiddin.

“Saya percaya jika mereka hanya tumpu pada kerja masing-masing dan tidak mencampurinya dengan politik, mereka boleh semak dan imbang kerajaan semasa.”

Redzuan berkata tumpuan sekarang ini adalah melakukan apa yang terbaik untuk negara, termasuk tidak mendahulukan politik.

“Saya fikir tidak adil orang fitnah pentadbiran Muhyiddin sebelum beliau mula pun,” katanya, merujuk kepada kritikan terhadap Muhyiddin dan kerajaan baru.

“Cukuplah main politik, kembali bekerja. Sekarang bukan masanya untuk bimbang tentang jawatan seseorang, kita perlu letak negara di landasan yang betul.” FMT

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker