Henti buat komen jejas kerajaan perpaduan, pemimpin PH diberitahu

Henti buat komen jejas kerajaan perpaduan, pemimpin PH diberitahu

Timbalan Ketua Umno Johor Nur Jazlan Mohamed mengingatkan pemimpin Pakatan Harapan (PH) agar tidak membuat kenyataan yang boleh menjejaskan hubungan kerja gabungan itu dengan Barisan Nasional (BN) dalam kerajaan perpaduan.

Beliau memetik komen Ahli Parlimen Setiawangsa Nik Nazmi Nik Ahmad dan Ahli Parlimen Pasir Gudang Hassan Karim baru-baru ini, yang kedua-duanya memberi peringatan kepada Perdana Menteri Anwar Ibrahim agar tidak melantik Ahli Parlimen yang berdepan kes mahkamah dalam Jemaah Menteri,



“Sudah tamat masa untuk mengeluarkan kenyataan berapi-api dan retorik, memandangkan rakyat sudah pun ‘bersuara’ melalui peti undi (pada pilihan raya umum).

“Biar saya ingatkan beberapa individu daripada PH supaya tidak rabun dan merisikokan kerajaan Anwar (Ibrahim),” katanya dalam kenyataan.

Nur Jazlan menegaskan bahawa sistem keadilan Malaysia mengikut tanggapan “tidak bersalah sehingga dibuktikan bersalah”.

Mereka yang dibicarakan harus diadili di mahkamah undang-undang, bukannya oleh pendapat umum, tambahnya.



Beliau berkata, Pengerusi BN Ahmad Zahid Hamidi dengan baik hati menyatukan Ahli Parlimen gabungan itu, walaupun ada pihak yang tidak senang, untuk menyokong Anwar sebagai perdana menteri selepas Yang di-Pertuan Agong menitahkan bahawa BN mesti menjadi sebahagian daripada kerajaan perpaduan.

Zahid mengutamakan kepentingan negara bagi memastikan kerajaan stabil ditubuhkan, tambahnya.

“Zahid tidak menyalahkan Anwar mahupun PH atas tuduhan liar dan tohmahan terhadap BN semasa tempoh kempen pilihan raya, dan bertindak dengan suci hati.

“Oleh itu, PH patut membalas kesungguhan Zahid dengan menunjukkan niat ikhlas mereka untuk menjadikan kerajaan baharu ini stabil dan bebas daripada politik dan kritikan tidak perlu yang akan menjejaskan hubungan jangka panjang BN dan PH,” katanya.



Nur Jazlan menggesa semua anggota kerajaan perpaduan ini untuk meletakkan kepercayaan pada Anwar dan fokus kepada keperluan rakyat.

Anwar, yang baru dilantik menjadi perdana menteri ke-10, menerajui kerajaan perpaduan yang dianggotai PH, BN, Gabungan Parti Sarawak (GPS) dan Gabungan Rakyat Sabah (GRS), disertai sokongan daripada Ahli Parlimen Muda, Warisan, Parti Bangsa Malaysia (PBM) dan calon Bebas. FMT

Henti buat komen jejas kerajaan perpaduan, pemimpin PH diberitahu


Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Video Ismail Izzani tular, Suliza Salam pertahan anaknya

Aedy Ashraf kantoi bercumbu di kelab malam, tampil beri penjelasan



Bangun Nad, kita ada PM baru – Sharifah Amani



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker