Arab Saudi Keluarkan Kereta Elektrik Sendiri Tahun 2025
Arab Saudi Keluarkan Kereta Elektrik Sendiri Tahun 2025
RIYADH – Ketua Pegawai Eksekutif Dana Pembangunan Perindustrian Arab Saudi (SIDF), Ibrahim Almojel mengesahkan bahawa tahun 2025 akan menyaksikan kemunculan kenderaan elektrik buatan tempatan pertama dengan pengeluaran dijangka mencecah 150,000 unit setiap tahun, lapor akhbar Saudi Gazette kelmarin.
Pengesahan Ibrahim itu dibuat semasa temu bual bersama saluran televisyen, Rotana Khalejeyah yang mana beliau berkata, Arab Saudi mempunyai keupayaan mencapai matlamat tersebut dengan sokongan kerajaan dan sektor swasta untuk mengaktifkan industri automatif.
Beliau juga menjelaskan perbezaan antara syarikat pengeluaran kenderaan Lucid yang berpangkalan di Amerika Syarikat (AS) dan Ceer iaitu syarikat kenderaan elektrik pertama dari Arab Saudi.
Tumpuan Lucid pula akan diberikan kepada kereta berkapasiti tinggi dan dicirikan oleh kelajuan tinggi serta mempunyai jangka hayat bateri lebih lama.
Pada awal bulan ini, Putera Mahkota Arab Saudi, Putera Mohammed bin Salman melancarkan jenama kenderaan elektrik pertama kerajaan iaitu Ceer dengan harapan akan dapat menarik lebih AS$150 juta (RM672 juta) dalam pelaburan dan membuka sebanyak 30,000 peluang pekerjaan.
Syarikat itu akan menyumbang kepada usaha negara monarki tersebut ke arah pengurangan pelepasan karbon dan memacu kemapanan untuk menangani kesan perubahan iklim, kata Saudi Press Agency (SPA).
Ceer adalah hasil usaha sama antara firma milik kerajaan Arab Saudi, Public Investment Fund (PFI) dan gergasi teknologi Taiwan, Foxconn yang terkenal dengan pengeluaran komponen untuk iPhone. – Indian Express
Arab Saudi Keluarkan Kereta Elektrik Sendiri Tahun 2025
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929
CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda
Baca Artikel Menarik:
- Himpunan desak Zahid undur dibatalkan
- Sendiri tak mahu letak jawatan, jangan minta orang lain berundur
- Operasi MYAirline bermula dengan tiket serendah RM48
- Tepati janji manifesto anda, TI-M beritahu Anwar
- PM umum GRS secara rasmi sertai Kerajaan Perpaduan
- Jangan simpan lagi, dedahkan nama 42 ahli Parlimen sokong PN – Shahrir
- Tok Mat bakal TPM?
- Anwar harus bentuk Jemaah Menteri berprestasi, disenangi
- Kerajaan Anwar tiada keabsahan moral – Faizal
- PAS akan bincang tawaran sertai kerajaan perpaduan
- Video panas, Ismail Izzani dikecam teruk
- PAU 2022 tiada pemilihan parti – Razlan
- TPM milik BN dan GPS – Anwar
- Annuar dilantik sebagai presiden Muafakat Nasional
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Video Ismail Izzani tular, Suliza Salam pertahan anaknya
Aedy Ashraf kantoi bercumbu di kelab malam, tampil beri penjelasan