Anwar terima kunjungan Sultan Brunei

Anwar terima kunjungan Sultan Brunei

Malaysia dan Brunei Darussalam akan menilai kemajuan kerjasama sedia ada di samping meneroka potensi baharu bagi meningkatkan hubungan serta kerjasama yang boleh memberi manfaat kepada kedua-dua negara.

Menurut kenyataan Kementerian Luar, perkara berkenaan akan direalisasikan sempena Lawatan Khas Sultan Brunei Sultan Hassanal Bolkiah ke Malaysia hari ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan menerima keberangkatan Sultan Hassanal Bolkiah, julung kali selepas beliau dilantik sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-10 pada 24 November lalu.

Lawatan terakhir Sultan Hassanal Bolkiah ke Kuala Lumpur adalah pada 4 hingga 6 Mac 2019 untuk menghadiri Rundingan Pemimpin Tahunan ke-22 antara Malaysia dan Brunei Darussalam.

“Malaysia dan Brunei Darussalam mempunyai hubungan istimewa yang telah lama terjalin melalui persamaan warisan, budaya dan hubungan sesama insan,” menurut kenyataan itu.

Selain itu, Anwar akan turut meraikan Sultan Hassanal Bolkiah, Pengiran Muda ‘Abdul Mateen Bolkiah serta rombongan dalam satu majlis santapan tengah hari.

Brunei Darussalam adalah rakan dagangan ke-30 terbesar Malaysia pada 2021 dan keenam terbesar dalam ASEAN dengan jumlah perdagangan berjumlah RM8.03 bilion (AS$1.94 bilion). BH

Anwar terima kunjungan Sultan Brunei


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Video Ismail Izzani tular, Suliza Salam pertahan anaknya

Aedy Ashraf kantoi bercumbu di kelab malam, tampil beri penjelasan

Bangun Nad, kita ada PM baru – Sharifah Amani

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker