Wan Rosdy angkat sumpah MB Pahang

Wan Rosdy angkat sumpah MB Pahang

ADUN Jelai Wan Rosdy Wan Ismail mengangkat sumpah sebagai menteri besar Pahang bagi penggal kedua di Istana Abu Bakar, Pekan hari ini.

Pelantikan Wan Rosdy, 64, susulan perkenan Pemangku Raja Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Sultan Abdullah yang turut berkenan pembentukan kerajaan negeri daripada Barisan Nasional (BN ) dan Pakatan Harapan (PH) setelah tiada parti yang memperoleh majoriti mudah pada pilihan raya umum ke-15 (PRU15), 19 Nov lepas.

Majlis pengurniaan Surat Cara Pelantikan dan mengangkat sumpah jawatan menteri besar diadakan hari ini di Balairung Seri, Istana Abu Bakar di Pekan.



Wan Rosdy yang juga pengerusi Barisan Nasional (BN) Pahang, berjaya mempertahankan kerusi DUN Jelai buat penggal kelima dengan majoriti 6,983 undi.

Pada PRU15, BN memperoleh 16 kerusi daripada 41 kerusi DUN Pahang dan PH memperoleh lapan kerusi, manakala Perikatan Nasional (PN) pula memperoleh 17 kerusi.

DUN Pahang tergantung selepas keputusan PRU15 yang menyaksikan tiada parti berjaya memperoleh majoriti mudah iaitu 22 kerusi bagi membentuk kerajaan negeri.

Susulan itu terdapat siri perbincangan antara Perikatan Nasional (PN) dan Barisan Nasional (BN), selain BN dan PH untuk menubuhkan kerajaan negeri campuran.



Pada 24 Nov lalu, PH menyatakan sokongan kepada Wan Rosdy sebagai menteri besar sebagai tanda persetujuan dua gabungan itu untuk membentuk kerajaan perpaduan negeri bersama. FMT

Wan Rosdy angkat sumpah MB Pahang


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET




Video Ismail Izzani tular, Suliza Salam pertahan anaknya

Aedy Ashraf kantoi bercumbu di kelab malam, tampil beri penjelasan

Bangun Nad, kita ada PM baru – Sharifah Amani

Related Articles

Back to top button
%d bloggers like this:

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker