Jutawan 26 industri kongsi rahsia kejayaan

Jutawan 26 industri kongsi rahsia kejayaan

Usahawan jutawan dari 26 industri bakal dihimpunkan dalam Titan Summit – Industry Focus bagi memberikan inspirasi dan ilmu keusahawanan yang membuatkan mereka berjaya.

Ketua Pegawai Perniagaan RichWorks International Sdn. Bhd. (RichWorks), Radz Mohd. berkata, program istimewa itu diadakan khusus buat bangsa usahawan, terutamanya mereka sudah bertahun-tahun berniaga, namun masih tidak mampu mencapai tahap lebih tinggi.

“Titan Summit ini merupakan platform bagi bangsa usahawan di luar sana untuk membuka minda, memberikan keyakinan dan beroleh input penting bagi bisnes mereka.



“RichWorks bawakan usahawan jutawan dari 26 industri di bawah bimbingan Mentor Usahawan, Datuk Wira Dr. Azizan Osman untuk berkongsikan rahsia kejayaan mereka pada 16 hingga 18 Disember nanti,” katanya ketika dihubungi Kosmo! semalam.

Tambahnya, usahawan-usahawan jutawan RichWorks tidak lokek untuk berkongsikan ilmu dan pengalaman mereka membina bisnes berjaya berikutan nilai berkongsi telah diterapkan sejak awal oleh Dr. Azizan.

“Meskipun jadual mereka padat bagi menguruskan bisnes masing-masing, kami akan menampilkan lebih 26 usahawan jutawan.

“Justeru, kami menjemput usahawan dalam industri fesyen, makanan dan minuman, kecantikan, kesihatan, kewangan, percetakan dan sebagainya untuk tidak ketinggalan ikut serta,” jelasnya.



Untuk keterangan lanjut, layari laman web richworks.com/titansummit atau imbas kod QR tertera. K Online

Jutawan 26 industri kongsi rahsia kejayaan


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET




Video Ismail Izzani tular, Suliza Salam pertahan anaknya

Aedy Ashraf kantoi bercumbu di kelab malam, tampil beri penjelasan

Bangun Nad, kita ada PM baru – Sharifah Amani

Related Articles

Check Also
Close
Back to top button
%d bloggers like this:

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker