Anwar mahu laksanakan subsidi bersasar

Anwar mahu laksanakan subsidi bersasar

Kerajaan memberi tempoh dua minggu kepada semua pihak berkaitan bagi mengkaji semula agihan subsidi di negara ini supaya ia lebih bersasar.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, tempoh dua minggu itu untuk mencerakin dan menelusuri seluruh implikasi agihan subsidi termasuk perbincangan dengan sektor swasta.



Beliau berkata, kerajaan berpandangan bahawa subsidi sepatutnya bertujuan meringankan beban orang miskin.

“Saya tiada masalah bagi subsidi tapi ia penting bagi rakyat. Justeru, subsidi seharusnya lebih bersasar dan tentunya golongan kaya dan industri tidak harus mengambil manfaat daripadanya.

“Bagaimanapun, mereka (golongan kaya dan industri) akan diberikan kemudahan dan insentif lain supaya tidak menjadi beban kepada mereka yang sudah biasa dengan subsidi ini,” katanya dalam sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat khas Majlis Tindakan Sara Hidup Negara (NACCOL) di Pejabat Perdana Menteri, hari ini.

Mesyuarat khas itu turut dihadiri Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd. Zuki Ali; Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM), Tan Sri Nor Shamsiah Mohd. Yunus dan wakil-wakil kementerian.



Anwar berkata, beliau memberi tempoh dua minggu bagi kajian implikasi subsidi itu supaya sesuai dengan pelantikan Jemaah Menteri yang akan dibentuk tidak lama lagi.

“Kabinet yang akan dibentuk kelak akan meneliti keseluruhan dasar baharu ini sebelum diangkat untuk pertimbangan Jemaah Menteri dan saya,” katanya.

Berhubung tarif elektrik pula, Anwar berkata, berdasarkan angka dibentangkan pada mesyuarat berkenaan, manfaat tarif untuk golongan miskin hampir sama dengan golongan kaya iaitu berjumlah RM2.5 bilion.

“Bagi saya, ia (tarif elektrik) tidak munasabah kerana namanya subsidi tapi turut mendapat manfaat daripada orang lain.



“Subsidi bagi tarif elektrik akan diteruskan untuk golongan memerlukan namun, golongan terkaya dan industri besar tidak harus mendapat kemudahan itu kerana ia memberi beban ekonomi besar kepada kerajaan.

“Saya dahulukan dengan isu subsidi kerana saya anggap kos sara hidup masa kini terlalu menyiksa rakyat miskin,” katanya. Utusan

Anwar mahu laksanakan subsidi bersasar


Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Video Ismail Izzani tular, Suliza Salam pertahan anaknya

Aedy Ashraf kantoi bercumbu di kelab malam, tampil beri penjelasan



Bangun Nad, kita ada PM baru – Sharifah Amani



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker