Mati ditikam kerana berduaan dengan isteri orang dalam kenderaan

Mati ditikam kerana berduaan dengan isteri orang dalam kenderaan

KAJANG – Seorang warga emas yang dicekup berduaan bersama isteri orang lain dalam kenderaan berakhir dengan tragedi apabila lelaki itu mati ditikam suami wanita tersebut di Bandar Tun Hussien Onn, Kajang, dekat sini, semalam

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Mohd Zaid Hassan berkata, pihaknya menerima laporan berhubung insiden itu daripada seorang Pegawai Perubatan Wad Kecemasan Hospital Serdang pada jam 6.29 petang.

Tambah beliau, pengadu dalam laporan menyatakan bahawa beliau telah menerima pesakit seorang lelaki berumur 71 tahun yang dibawa oleh kawan perempuan kerana mengalami kecederaan di bahagian badan dan paha akibat ditikam.



“Mangsa sempat memaklumkan kepada pengadu bahawa dia telah diserang dan ditikam di kawasan salah sebuah pasaraya di Bandar Tun Hussien Onn, Kajang.

“Hasil pemeriksaan dan rawatan awal pengadu mendapati mangsa mengalami kecederaan serius akibat tikaman mengenai paru-paru kanan dan kesan tikaman benda tajam di peha dan bahu kanan mangsa,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Menurut Mohd Zaid, berikutan itu mangsa ditempatkan dan diberi rawatan insentif di Wad Kecemasan Zon Merah dan menggunakan alat bantuan pernafasan.

Bagaimanapun, katanya, pada jam 11.05 malam semalam, pihak hospital mengesahkan mangsa telah meninggal dunia.



Jelas beliau, bertindak atas maklumat, pada jam lebih kurang 1.35 pagi hari ini, pihak polis dari Cawangan D9 Bahagian Siasatan Jenayah IPD Kajang telah membuat tangkapan terhadap pasangan suami isteri berumur 45 dan 51 tahun dan berumur 51 di kawasan sekitar Hospital Serdang bagi membantu siasatan.

“Siasatan lanjut polis mendapati suspek lelaki yang ditangkap itu mengaku ada mencederakan mangsa semasa berada di kawasan parkir kenderaan sebuah pasaraya di Bandar Tun Hussien Onn.

“Punca kejadian adalah kerana suspek marah dengan hubungan intim antara isterinya dengan mangsa, yang mana masa kejadian isterinya sedang berdua bersama mangsa di dalam kenderaan di lokasi kejadian,” ujarnya.

Jelas beliau, penahanan pasangan suami isteri itu membawa kepada rampasan kenderaan milik mangsa, empat buah telefon bimbit, pakaian suspek dan resit pembelian isau bagi membantu siasatan.



Katanya, kedua-dua suspek kini telah direman selama tujuh hari sehingga 2 Disember ini bagi membantu siasatan.

Menurut Mohd Zaid, kes disiasat dibawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana kesalahan membunuh yang memperuntukkan hukuman mati mandatori dan gantung sampai mati sekiranya disabitkan kesalahan.

Orang ramai yang mempunyai maklumat tentang kejadian itu diminta menghubungi balai polis berdekatan ataupun menghubungi Pegawai Penyiasat, ASP Redzuan Salleh di talian 013-7854100 bagi menyalurkan maklumat. MG

Mati ditikam kerana berduaan dengan isteri orang dalam kenderaan


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Video Ismail Izzani tular, Suliza Salam pertahan anaknya

Aedy Ashraf kantoi bercumbu di kelab malam, tampil beri penjelasan

Bangun Nad, kita ada PM baru – Sharifah Amani

Related Articles

Back to top button
%d bloggers like this:

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker