Marsha Milan sempat ziarah Nad Zainal di ICU, ‘Saya nampak air matanya’

Marsha Milan sempat ziarah Nad Zainal di ICU, ‘Saya nampak air matanya’

PENYANYI Marsha Milan gagal menahan air mata apabila berkongsi cerita mengenai rakan baiknya pelakon Nad Zainal yang ketika ini sedang ditidurkan di unit rawatan rapi (ICU), Hospital Ampang Puteri sejak Selasa.

Berkesempatan untuk menziarahi aktres tersebut, Marsha menjelaskan saat dirinya memberikan kata-kata semangat buat Nad, pelakon drama “Cina Buta” itu seakan mendengar dan mengalirkan air mata.

“Saya sempat bercakap dengan dia, saya kata ‘Nad kena kuat, Nad kena teruskan perjuangan, Nad ada anak-anak yang tunggu Nad’.



“Itu antara ayat-ayat kami yang datang ziarah dan akan cakap benda sama. Terbukti dengan sokongan dan kata-kata semangat daripada rakan yang hadir, keadaan dia nampak semakin baik dan positif.

“Walaupun dia dalam keadaan tidur, saya tengok bila cakap pasal anak-anak, saya nampak dia keluarkan air mata. Itu tanda dia dengar apa yang kami cakap dekat dia,” kongsinya.

Marsha berkata demikian ketika ditemui usai dia melakukan persembahan menerusi lagu Kembali Terang pada hari pertama Separuh Akhir Muzik-Muzik 37 yang bersiaran langsung dari Plaza Alam Sentral, Shah Alam.

Ditanya mengenai rancangan yang ingin dilakukan apabila Nad sudah sedar, anak kelahiran Sabah itu menjelaskan dia dan beberapa rakan selebriti lain berhasrat untuk mengadakan sesi reunion bersama-sama.



“Kami jarang berjumpa tapi kami rajin bergurau dan borak dalam group Whatsapp, saya dan dia busy sebab masing-masing ada kerja.

“Sebab itu, saya ada juga cakap dekat Nad masa di hospital, dia kena bangun dan sedar sebab banyak benda yang nak dibuat sama-sama.

“Kami nak reunion dengan kawan-kawan yang lain, ada Nabila Huda, Sharifah Sakinah, Nadia Aqilah dan ramai lagi,” kongsinya. –Gempak

Marsha Milan sempat ziarah Nad Zainal di ICU, ‘Saya nampak air matanya’



Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Video Ismail Izzani tular, Suliza Salam pertahan anaknya

Aedy Ashraf kantoi bercumbu di kelab malam, tampil beri penjelasan

Related Articles

Back to top button
%d bloggers like this:

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker