Calon PH DUN Tioman sedia beri laluan kepada BN

Calon PH DUN Tioman sedia beri laluan kepada BN

ROMPIN: Calon Pakatan Harapan (PH) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Tioman pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) Mohd Fadzli Mohd Ramly, bersedia memberi laluan kepada calon Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Mohd Johari Hussain jika diarahkan oleh pucuk pimpinan tertinggi parti.

Beliau berkata perkara itu telah dibincangkan di peringkat Majlis Presiden PH, dengan mengambil kira situasi politik semasa di peringkat Pusat dan DUN Pahang, namun setakat ini, belum ada sebarang kata putus dibuat.



“…setakat hari ini saya tidak dimaklumkan apa-apa secara bertulis atau secara arahan khususnya daripada Majlis Presiden terhadap kedudukan kita di sini. Jadi kita akan berkempen seperti biasa,” katanya kepada Bernama di sini.

Mohd Fadzli berkata demikian semasa ditanya mengenai ketidakhadiran beliau pada hari penamaan calon DUN Tioman di Dewan Jubli Perak Sultan Haji Ahmad Shah di sini pada Khamis, sebaliknya hanya menghantar wakil bagi mencabut undi untuk menentukan kedudukan pada kertas undi.

Ketiadaan Mohd Fadzli menimbulkan spekulasi, kerana PH Pahang memberi sokongan kepada BN negeri untuk membentuk Kerajaan Negeri Pahang, yang kini tergantung selepas keputusan PRU15 menyaksikan tiada parti memperoleh majoriti mudah 22 kerusi untuk membentuk kerajaan negeri.

Keputusan PRU15 menyaksikan BN memperoleh 16 kerusi DUN, manakala Perikatan Nasional (PN) mendapat 17 dan lapan kerusi dimenangi PH.



Walaupun bersedia memberi laluan, Mohd Fadzli mahu jaminan daripada calon BN bahawa beliau akan menyelesaikan masalah dihadapi penduduk DUN Tioman, terutamanya masalah air, tanah dan infrastruktur di situ.

Mohd Fadzli bagaimanapun, mengakui masih belum bertemu Mohd Johari, yang merupakan penyandang kerusi DUN itu, untuk berbincang berhubung perkara itu.

PRU15 DUN Tioman ditangguhkan kepada 7 Dis ini, ekoran kematian calon PN Md Yunus Ramli, 61, pada 3.30 pagi hari pengundian 19 Nov lepas, dipercayai akibat serangan jantung.

Selain Mohd Fadzli dan Mohd Johari, turut bersaing pada pilihan raya itu ialah calon PN Nor Idayu Hashim, Osman A.Bakar (Pejuang) dan Sulaiman Bakar (Bebas).



Daftar Pemilih Pilihan Raya yang akan digunakan mengandungi 28,465 pemilih terdiri daripada 28,200 pengundi biasa, 262 anggota polis dan tiga Pengundi Tidak Hadir Luar Negara.– BERNAMA

Calon PH DUN Tioman sedia beri laluan kepada BN

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);



KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Video Ismail Izzani tular, Suliza Salam pertahan anaknya

Aedy Ashraf kantoi bercumbu di kelab malam, tampil beri penjelasan



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker