Zulkifli pesan Anwar berhati-hati dengan penasihat jahat

Zulkifli pesan Anwar berhati-hati dengan penasihat jahat

Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri menasihati Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim supaya berhati-hati dengan penasihat yang jahat (bitanah al-su’).

Ini kerana menurut Zulkifli, golongan berkenaan mampu menaikkan serta menjatuhkan Perdana Menteri ke-10 itu.



Bekas Mufti Wilayah Persekutuan itu turut mengingatkan Malaysia adalah negara umat Islam dihormati dunia, justeru hargai pengorbanan dan perjuangan generasi terdahulu yang mengangkat nama Malaysia di mata dunia.

“Andalah penerus dan penentunya. Peliharalah Islam di tanah air ini dengan sepenuh jiwa raga,” katanya dalam satu kenyataan di laman Facebooknya.

Ujarnya, sebagaimana Perdana Menteri sebelumnya bermula dengan Datuk Seri Najib Tun Razak, Tun Dr Mahathir Mohamad dan Tan Sri Muhyiddin Yassin, beliau juga telah menyampaikan nasihat yang sesuai kepada mereka dari semasa ke semasa untuk pedoman.

“Moga-moga ALLAH SWT menjadi saksi akan tertunainya tanggungjawab saya di hadapan para pemimpin. Tidaklah saya menasihati melainkan atas dasar rasa kasih kepada negara, agama dan bangsa,” tambahnya.



Dalam pada itu, beliau menjunjung kasih Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah serta Majlis Raja-Raja atas hikmah dan kebijaksanaan memutuskan kemelut pasca Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

“Kepada yang belum berjaya, ia bukanlah penamat segala-galanya. Insya-ALLAH ada takdir yang lebih baik untuk mereka yang terus bersabar, ikhlas dan istiqamah. Malaysia tak akan berjaya tanpa pembangkang yang melakukan semak dan imbang dengan teliti.

“Kepada rakyat Malaysia, semua bangsa dan agama, inilah yang telah kita lalui pada PRU15 yang lalu. Tarik nafas dan terima apa jua keputusan dengan lapang dada. Sinar

Zulkifli pesan Anwar berhati-hati dengan penasihat jahat




Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Video Ismail Izzani tular, Suliza Salam pertahan anaknya



Aedy Ashraf kantoi bercumbu di kelab malam, tampil beri penjelasan

Bangun Nad, kita ada PM baru – Sharifah Amani



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker