PAS hulur duit kepada pengundi? (Video)
PAS hulur duit kepada pengundi? (Video)
PAS Kelantan menafikan dakwaan kononnya mengarahkan pengundi yang pulang pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) bersumpah mengundi parti itu sebelum diberikan bantuan bayaran tambang.
Setiausaha PAS Kelantan, Wan Roslan Wan Hamat, berkata sebaliknya parti itu hanya membantu pengundi dari luar negeri untuk memudahkan mereka pulang mengundi.
“Ia bertujuan meringankan beban mereka yang terpaksa menanggung kos perjalanan tinggi khususnya yang kurang berkemampuan,” katanya kepada FMT.
Wan Roslan berkata, setiap bantuan diberikan kepada mereka yang layak termasuk tambang perjalanan pulang, tanpa mengira parti mana yang diundi.
“PAS tak pernah mengarahkan bersumpah atas nama Allah, PAS hanya membantu pengundi yang balik dari jauh bersusah-payah untuk menunaikan tanggungjawab mengundi.
“Kita (PAS) tidak pernah tanya pun undi parti apa, hanya kita tanya dari mana dia balik ke Kelantan,” katanya.
Sementara itu, Presiden Pertubuhan Pertahan Kelantan, Nazman Che Ibrahim, berkata bersumpah dengan nama Allah parti mana yang diundi pada pilihan raya bukan budaya PAS.
“Ia fitnah dicipta lawan untuk memburukkan parti itu. Sumpah undi siapa bukan amalan PAS, itu fitnah ‘desperado’ (merujuk golongan terdesak),” katanya.
Namun hakikat sebenar semua orang tahu.
Terdahulu, tular video menunjukkan beberapa individu didakwa diminta bersumpah dengan nama Allah bahawa mereka mengundi PAS sebelum diberikan bayaran tambang perjalanan untuk pulang mengundi.
[videopress yhoBhLoD]PAS hulur duit kepada pengundi? (Video)
Baca Artikel Menarik:
- Himpunan desak Zahid undur dibatalkan
- Sendiri tak mahu letak jawatan, jangan minta orang lain berundur
- Operasi MYAirline bermula dengan tiket serendah RM48
- Tepati janji manifesto anda, TI-M beritahu Anwar
- PM umum GRS secara rasmi sertai Kerajaan Perpaduan
- Jangan simpan lagi, dedahkan nama 42 ahli Parlimen sokong PN – Shahrir
- Tok Mat bakal TPM?
- Anwar harus bentuk Jemaah Menteri berprestasi, disenangi
- Kerajaan Anwar tiada keabsahan moral – Faizal
- PAS akan bincang tawaran sertai kerajaan perpaduan
- Video panas, Ismail Izzani dikecam teruk
- PAU 2022 tiada pemilihan parti – Razlan
- TPM milik BN dan GPS – Anwar
- Annuar dilantik sebagai presiden Muafakat Nasional
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Aedy Ashraf kantoi bercumbu di kelab malam, tampil beri penjelasan
Bangun Nad, kita ada PM baru – Sharifah Amani