4 mangsa rugi RM20 juta, lelaki ditahan tipu jual jam, beg mewah

4 mangsa rugi RM20 juta, lelaki ditahan tipu jual jam, beg mewah

JOHOR BAHRU: Seorang lelaki tempatan ditahan dalam kes penipuan pembelian jam tangan dan beg berjenama mewah sehingga empat mangsa mengalami kerugian mencecah RM20 juta.

Ketua Polis Johor, Kamarul Zaman Mamat, berkata suspek berusia 32 tahun itu ditahan di sebuah kediaman di Bukit Jalil, Kuala Lumpur pada 4.45 petang Ahad lalu, susulan laporan mangsa di Johor Bahru dan Iskandar Puteri antara Ogos hingga bulan ini.



Katanya, modus operandi suspek ialah menawarkan jam tangan dan beg tangan edisi khas atau terhad jenama mewah seperti LV, Chanel, Dior, Hermes, Rolex, Patek Philippe dan Audemars Piguet kepada mangsa pada harga lebih murah berbanding harga pasaran.

“Mangsa akan berurusan secara bersemuka dengan lelaki itu dan setelah bersetuju dengan harga yang ditawarkan, mangsa akan membuat pembayaran ke akaun bank,” katanya dalam kenyataan.

Beliau berkata, setelah bayaran dibuat, lelaki itu akan melarikan diri bersama wang mangsa dan gagal dihubungi.

Mangsa terdiri daripada empat ahli perniagaan berumur 31 hingga 40 tahun.



Katanya, siasatan juga mendapati lelaki itu terlibat dalam satu kes yang dikendalikan Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perak menggunakan modus operandi sama.

Menurutnya, lelaki itu direman hingga Ahad ini untuk disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu dan akan diserahkan kepada IPK Perak. FMT

4 mangsa rugi RM20 juta, lelaki ditahan tipu jual jam, beg mewah


Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Video Ismail Izzani tular, Suliza Salam pertahan anaknya

Aedy Ashraf kantoi bercumbu di kelab malam, tampil beri penjelasan



Bangun Nad, kita ada PM baru – Sharifah Amani



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker