Ahli MKT UMNO sudah diberi peluang suarakan pandangan – Ahmad Maslan

Ahli MKT UMNO sudah diberi peluang suarakan pandangan – Ahmad Maslan

Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi telah memberi ruang seluasnya kepada semua Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO untuk memberikan pandangan masing-masing pada Mesyuarat Khas MKT UMNO, Rabu lepas.

Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan dalam kenyataannya berkata, adalah tidak wajar, jika terdapat ahli MKT melaporkan dalam media sosial apa jua petikan yang dibuat di luar konteks dan tidak benar mengenai mesyuarat khas itu kerana ia melanggar tatasusila mesyuarat.



Beliau berkata, Mesyuarat MKT UMNO itu juga berlangsung selama hampir empat jam berakhir jam 1 pagi, dan berjalan dalam suasana yang tenang bermula dengan sumpah kerahsian beberapa ahli yang baharu dilantik.

“Seramai 31 ahli telah berucap… kenyataan media yang dikeluarkan atas nama saya (pada Rabu) juga telah dibacakan terlebih dahulu dalam mesyuarat itu untuk dipersetujui,” katanya dalam kenyataan di Twitter beliau, pada Jumaat.

Dalam kenyataan pada Rabu, Ahmad berkata, UMNO menyokong untuk menyertai kerajaan perpaduan seperti dititahkan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, namun bukan diterajui Perikatan Nasional (PN).

Katanya, mesyuarat tersebut juga bersetuju semua wakil parti yang memenangi kerusi Parlimen pada Pilihan Raya Umum ke-15, mematuhi dan menerima sebarang bentuk kerajaan perpaduan atau lain-lain bentuk kerajaan yang dimasyhurkan Seri Paduka.

Mesyuarat MKT UMNO turut memperkukuhkan sokongan terhadap Ahmad Zahid untuk terus kekal menerajui sebagai Pengerusi BN dan sebulat suara menyokong beliau sebagai Presiden UMNO.



Dalam pada itu, beliau turut mengumumkan pelantikan baharu dalam UMNO, melibatkan Ketua UMNO Bahagian Wangsa Maju Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah sebagai ahli MKT; Ketua UMNO Bahagian Gombak, Datuk Megat Zulkarnain Omardin dilantik sebagai Pengerusi Perhubungan UMNO Selangor, sementara bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Tiang, Datuk Suraya Yaacob, dilantik sebagai Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kedah. AA

Ahli MKT UMNO sudah diberi peluang suarakan pandangan – Ahmad Maslan

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);



KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Video Ismail Izzani tular, Suliza Salam pertahan anaknya

Aedy Ashraf kantoi bercumbu di kelab malam, tampil beri penjelasan



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker