Lelaki mengamuk kerana gagal jawab ujian lesen kenderaan e-hailing

Lelaki mengamuk kerana gagal jawab ujian lesen kenderaan e-hailing

Seorang lelaki mengamuk di hadapan pejabat syarikat e-hailing di Sungai Way, Selangor pada Rabu lalu berikutan tidak dapat menjawab ujian permohonan lesen kenderaan e-hailing.

Bagaimanapun suspek yang bersenjatakan sabit ditahan polis selepas pihak berkuasa itu menerima laporan mengenai kejadian tersebut daripada orang awam.



Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata, lelaki itu yang dihadapkan ke Mahkamah Petaling Jaya telah ditahan reman selama empat hari sehingga Ahad ini untuk membantu siasatan

“Hasil siasatan awal juga mendapati kejadian telah berlaku di Sungai Way dan semasa kejadian suspek memegang sebilah sabit bersaiz 14 sentimeter panjang dan merosakkan harta milik syarikat e-hailing tersebut.

“Hasil soal siasat awal yang dijalankan terhadap suspek akhirnya mengaku terlibat dalam kes mengamuk dengan sabit di hadapan pejabat e-hailing itu.,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Menurut Mohamad Fakhrudin, tiada orang mengalami kecederaan dalam insiden itu dan kertas siasatan dibuka di bawah Seksyen 506/427 Kanun Keseksaan.



Tambah beliau, semakan rekod jenayah lampau mendapati lelaki yang berusia 24 tahun itu tidak memiliki rekod jenayah lampau. MG

Lelaki mengamuk kerana gagal jawab ujian lesen kenderaan e-hailing


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET




Video Ismail Izzani tular, Suliza Salam pertahan anaknya

Aedy Ashraf kantoi bercumbu di kelab malam, tampil beri penjelasan



Bangun Nad, kita ada PM baru – Sharifah Amani

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker