Kalah teruk tapi belum celik mata – Tengku Zafrul

Kalah teruk tapi belum celik mata – Tengku Zafrul

Tengku Zafrul Aziz membidas tiada usaha “gigih” Umno Selangor untuk memperbaiki keadaannya selepas kalah teruk pada PRN lalu yang sepatutnya menjadi amaran untuk segera berubah.

Meletak jawatan bendahari Umno Selangor, Isnin lalu, Zafrul mendakwa tiada post mortem untuk mengenal pasti punca ia hanya menang dua daripada 12 kerusi DUN ditandingi selain mencari strategi baharu menawan hati rakyat.



“Kalau keputusan ini masih belum celikkan Umno Selangor, tiada apa boleh celikkan mereka,” katanya di Facebook sambil menegaskan lebih baik untuk dirinya menumpukan usaha memantapkan parti di peringkat pusat serta bahagian.

Walaupun meletak jawatan bendahari Umno Selangor, Zafrul kekal sebagai ahli majlis kerja tertinggi dan ketua Umno Kota Raja.

Umno Selangor diketuai Megat Zulkarnain Omardin yang juga setiausaha politik kepada presiden Umno Zahid Hamidi.

Menurut menteri pelaburan, perdagangan dan industri itu, beliau pernah mencadangkan beberapa langkah untuk mengembalikan kegemilangan Umno Selangor namun ditolak.



Misalnya, beliau mencadangkan agar satu kajian sikap yang ikhlas melambangkan denyut nadi keseluruhan rakyat Selangor dilaksana manakala operasi organisasi juga perlu dimodenkan parti berkenaan di negeri itu.

“Perlunya sebuah organisasi yang kos efektif malah pantas berkomunikasi, terbuka dengan idea dari akar umbi, meletakkan cadangan dasar sebagai keutamaan serta mengguna pakai data dan analisa dengan tepat,” katanya.

Beliau turut menekankan keperluan Umno Selangor mencari pelapis dengan hati terbuka kerana rakyat yang akhirnya “menghakimi” organisasi parti melalui pemimpin yang ditonjolkan.

“Rangka kerjasama yang wujudnya situasi menang-menang dengan rakan-rakan kita di negeri Selangor. Dan yang paling penting, kita perlu terapkan buang ‘cah keting’ tidak sihat dengan mengamalkan budaya intelektual dan fokus kepada solusi dan dasar.



“Jika kita tidak ubah budaya, tidak kiralah tebal mana pelan visi kita, akhirnya kita akan kekal tanpa kuasa.

“Saya masih komited dengan Umno Bahagian Kota Raja dan Umno Selangor. Saya yakin bahawa kita semua berkongsi impian yang sama, iaitu untuk melihat parti kembali relevan dan dihormati rakyat Selangor,” katanya. FMT

Kalah teruk tapi belum celik mata – Tengku Zafrul

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Isma Aliff rayu anak-anak pulang beraya

Teruja lihat pemain Everton buka puasa tepi padang



Aliff kantoi kerana GPS, perakam dengar perbualan tak senonoh

Curang tapi tak nak cerai sebab ada ‘game’ – Rita Rudaini



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker