Turkiye serang utara Syria
Turkiye serang utara Syria
DAMSYIK – Siri serangan udara Turkiye mengenai beberapa bandar di seluruh utara Syria kelmarin termasuk Kobane, kata pasukan tentera puak Kurdis di sana dan sebuah kumpulan pemerhati berpangkalan di Britain.
Serangan Turkiye itu membunuh sekurang-kurangnya enam anggota Tentera Demokratik Syria (SDF) yang diketuai puak Kurdis dan enam askar prorejim Syria, kata Kumpulan Pemerhati Hak Asasi Manusia Syria (SOHR).
Siri serangan itu dilancarkan beberapa hari selepas Ankara menyalahkan Parti Pekerja Kurdistan (PKK) sebagai dalang pengeboman berdarah di tengah Istanbul minggu lalu.
“Waktu perhitungan telah tiba. Bajingan ini perlu bertanggungjawab atas serangan khianat mereka,” kata Kementerian Pertahanan Turkiye dalam satu kenyataan di laman Twitter semalam, bersama gambar pesawat-pesawat perang berlepas untuk operasi malam hari, tanpa menyebut lokasi serangan.
“Kubu-kubu pengganas dihancurkan oleh serangan tepat,” tambah kementerian sama berserta klip video menunjukkan sasaran dipilih dan dibom.
Walaupun Ankara tidak memberi butiran terperinci operasi itu, tentera Kurdis berkata, bandar Kobane di timur laut Syria jadi sasaran pengeboman.
“#Kobane menjadi sasaran pengeboman oleh pesawat-pesawat penceroboh Turki,” kata jurucakap SDF, Farhad Shami.
Ankara menganggap Unit Perlindungan Rakyat Kurdis (YPG) iaitu komponen utama SDF adalah lanjutan daripada PKK yang diharamkan di Turkiye.
“Pengeboman Turkiye ke atas kawasan selamat kami mengancam seluruh wilayah,” kata Mazloum Abdi selaku ketua komander SDF dalam satu kenyataan di laman Twitter.
“Serangan Turkiye itu menyasarkan kubu SDF di wilayah Aleppo, utara Syria dan Hassakeh di timur laut,” kata ketua pengarah SOHR, Rami Abdel Rahman.
Serangan itu juga menyasarkan kedudukan tentera rejim Syria di wilayah Raqqa dan Hassakeh. Serangan Ankara di Raqqa dan Hassakeh membunuh enam anggota SDF dan enam askar Syria, kata SOHR. K Online
Turkiye serang utara Syria
Baca Artikel Menarik:
- SCRUT dedah syarikat yang melibatkan Muhyiddin dan ahli keluarga
- Lelaki didakwa 16 pertuduhan rogol tiga anak tiri
- MYAirline dapat lesen mulakan khidmat penerbangan
- Bukan semua profesor sokong Anwar – Ismail
- Dakwaan sabotaj Tok Mat – Khairy akan buat laporan polis, SKMM
- Penuntut IPT dicekup berkhalwat, alasan buat assignment
- Firma Fitch Solutions ramal BN menang PRU15 kerana ini…
- Tanpa IC boleh mengundi, ini 5 dokumen lain boleh digunakan
- Jangan beli kereta, TV tahun hadapan – Jeff Bezos
- Ada asas siasat perbelanjaan RM500 bilion PN
- Anwar gelar Razman bodoh
- 17 tahun sangka anak mati, rupanya dibawa lari oleh saudara sendiri/a>
- Khalid ibarat ‘najis’ di Titiwangsa
- Anwar bengang Muhyiddin sikit-sikit nak bersumpah
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
SCRUT dedah syarikat yang melibatkan Muhyiddin dan ahli keluarga
Tiket Konsert BLACKPINK Di Malaysia ‘Sold Out’ Dalam Masa 30 Minit
You must be logged in to post a comment.