Anwar ke Turki atas permintaan Erdogan malam ini

Anwar ke Turki atas permintaan Erdogan malam ini

Perdana Menteri Anwar Ibrahim akan bertolak ke Turki pada malam ini untuk menunjukkan sokongan moral kepada negara yang dilanda gempa bumi itu awal minggu lalu.

Menurut Anwar, keputusan itu adalah berdasarkan permintaan Presiden Turki Recep Tayyip Erdogan supaya dia dapat ke sana, memandangkan Malaysia antara yang terawal menghantar bantuan kemanusian ke negara itu.



“Saya diminta oleh presiden (Turki) kalau boleh untuk segera ke sana untuk memberikan moral support dan saya telah menimbangkan terpaksa bertolak malam ini untuk ke Turki untuk menunjukkan sokongan kita kerana beberapa negara telah sampai.

“Presiden Tayyip Erdogan telah meminta kalau boleh saya sampai secara peribadi di sana,” katanya semasa waktu pertanyaan menteri di Dewan Rakyat hari ini.

Bercakap semasa sesi Waktu Pertanyaan Menteri (MQA) di Dewan Rakyat, hari ini, Anwar berkata kos perbelanjaan untuk Pasukan Mencari dan Menyelamat Khas Malaysia (SMART) ke Turki setakat ini adalah sebanyak RM4 juta.

Jelasnya, kos penerbangan telah ditanggung sepenuhnya oleh syarikat penerbangan Turki.



“Kita dah hantar dua pasukan dan pada malam ini satu lagi akan dikirim termasuk Angkatan Tentera Malaysia dengan kemudahan hospital yang telah pun dipasang dan telah beroperasi.

“Sementara itu, kita telah menyediakan… sepatutnya petang esok beberapa syarikat tempatan mengumpul setakat ini ialah RM20 juta termasuk AS$1 juta daripada kerajaan dan AS$1 juta daripada Sultan Johor,” katanya.

Dia berkata demikian ketika menjawab soalan dari Iskandar Dzulkarnain Abdul Khalid (PN-Kuala Kangsar) yang meminta perdana menteri menyatakan apakah bentuk bantuan yang telah diberikan oleh kerajaan Malaysia kepada Turki dan Syria susulan bencana gempa bumi yang melanda.

Dia turut meminta kos keseluruhan atur gerak (deployment) anggota pasukan SMART Team sepanjang tugasan mereka di kawasan bencana.



Gempa bumi besar berukuran 7.8 pada skala Richter yang melanda selatan Turki dan barat laut Syria pada Isnin lepas telah meragut puluhan ribu nyawa dengan kesan gegaran turut dirasai di Cyprus dan Lubnan.

Turki pada Selasa minggu lepas mengisytiharkan darurat selama tiga bulan di 10 wilayah iaitu Adana, Adiyaman, Diyarbakir, Gaziantep, Hatay, Kahramanmaras, Kilis, Malatya, Osmaniye dan Sanliurfa bagi memastikan misi SAR berjalan lancar.

Sementara itu, Anwar berkata Malaysia telah memutuskan untuk menyalurkan bantuan kepada Syria dengan memberikan alat-alat perubatan dan misi kemanusiaan tanpa menghiraukan dasar sekatan Amerika Syarikat.

“Malaysia tetap akan kirim pasukan membantu sebaik saja ada sambutan daripada kerajaan Syria tapi telah diputuskan dana dan perubatan alat-alat dan Menteri Pertahanan (Mohamad Hasan) nak bawa peralatan hospital untuk pasang kat Syria,” katanya. BH



Anwar ke Turki atas permintaan Erdogan malam ini

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Senarai pemenang AJL37, Terus Hidup dinobat sebagai juara



Jahat atau tak, tunggu saja – Anwar

Isteri naik hantu, ganyang skandal suami tepi jalan raya [VIDEO]



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker