Siti Zulaikha juarai Siri Antarabangsa Malaysia
Siti Zulaikha juarai Siri Antarabangsa Malaysia
Kuala Lumpur: Pemain perseorangan wanita muda negara, Siti Zulaikha Azmi merangkul gelaran pertamanya di peringkat senior selepas muncul juara Siri Antarabangsa Malaysia di Johor, hari ini.
Pemain berusia 18 tahun yang menduduki ranking ke-154 dunia itu cemerlang apabila menewaskan Lu Sheng Xuan dari China 21-13, 21-16 dalam tempoh 33 minit pada aksi final di Stadium Tertutup Educity, Iskandar Puteri.
“Alhamdulillah, saya sangat bersyukur dengan kemenangan hari ini. Saya berjaya kekal fokus dan mengikut strategi yang dirancang.
“Sheng Xuan pemain yang baik, jadi kemenangan ini sangat bermakna untuk saya,” kata Siti Zulaikha.
Sebagai rekod, ia adalah gelaran antarabangsa pertama Siti Zulaikha di peringkat senior.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Segalanya Akan Terdedah Dalam Perbicaraan Bela Diri DS Najib
- Sudah Terdedahkah Sepenuhnya Skandal 1MDB Dalam Mahkamah?
- Titah Adendum: Apa Naratif Yang Saifuddin Cuba Bawa Dalam Dewan Rakyat
“Kejayaan ini menjadi pembakar semangat untuk kejohanan akan datang. Ia bukan hanya hasil kerja keras saya, tetapi juga sokongan keluarga, jurulatih dan semua yang memberi sokongan pada saya.
“Kemenangan ini memberi saya keyakinan untuk terus melangkah ke tahap seterusnya dan memperbaiki lagi permainan saya.
“Saya rasa ini adalah permulaan untuk saya mencabar diri di peringkat yang lebih tinggi. Saya sedar masih banyak yang perlu diperbaiki, tetapi saya bersedia untuk menghadapi cabaran berkenaan dan berikan yang terbaik,” kata Siti Zulaikha.
Siti Zulaikha juarai Siri Antarabangsa Malaysia
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Apakah Kewujudan Jho Low Sudah Di Anggap Hearsay?
- Latheefa Koya Tak Nak Masuk UMNO Ker
-
Di Mana Dasar Moral Pemimpin Bila Masih Manjadi Menteri Selepas Di Tolak Ahli Parti?
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET