Rangka dinosaur terjual RM28.6 juta

Rangka dinosaur terjual RM28.6 juta

Rangka dinosaur terjual RM28.6 juta
RANGKA apatosaurus yang dinamakan sebagai Vulcan itu ketika dipamerkan di selatan Perancis. FOTO AFP

Paris: Rangka dinosaur sepanjang 22 meter, baru-baru ini, dijual oleh rumah lelongan Collin du Bocage dan Barbarossa, di Perancis, pada harga enam juta euro (kira-kira RM28.6 juta).

Seorang pengumpul tanpa nama membeli apatosaurus yang ditemukan di Amerika Syarikat itu.

Pembeli berkenaan berikrar untuk membenarkan rangka dinosaur itu dipamerkan di muzium.

“Kami gembira bahawa pembeli berhasrat untuk meminjamkannya kepada sebuah institusi,” kata rumah lelongan Olivier Collin du Bocage.

Rangka herbivor gergasi itu terdiri daripada 75 hingga 80 peratus daripada tulang asal dan dipercayai berusia kira-kira 150 juta tahun.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Hakim Sekolahkan Badan Peguam Malaysia


Jurulelong Barbarossa menerusi laman webnya berkata, ia adalah “dinosaur terbesar yang pernah dijual di lelongan seluruh dunia”.

Selepas ditemukan dan digali, rangka dinosaur itu dihantar ke Perancis selama dua tahun untuk kerja pemulihan di Makmal Paleomoove di Luberon, tenggara negara itu.

Dinosaur itu dianggarkan mempunyai berat 20 tan ketika hayatnya.

Sisa-sisa apatosaurus itu, yang digelar Vulcan ditemukan pada 2018 di Wyoming, AS. Undang-undang negeri itu membenarkan individu memperoleh konsesi dengan harapan dapat menemukan tulang prasejarah.

Penggalian berlaku antara 2019 dan 2021, dengan dibiayai oleh pelabur dari Perancis.

Fosil itu merangkumi 300 tulang kemudian dihantar ke Perancis untuk dipulihkan.

Nilai prajualannya pada lelongan dianggarkan antara tiga juta euro (kira-kira RM16 juta) dan lima juta euro (kira-kira RM26 juta). Di bawah kontrak jualan, bakal pemilik berjanji untuk memberi ahli paleontologi akses kepada dinosaur untuk mengkajinya.

Rangka dinosaur terjual RM28.6 juta


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Lupakah Mas Ermieyati Dengan Istilah Budak Kita Di Era PN?

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker