Hologram untuk kesan pembunuh pekerja seks
Hologram untuk kesan pembunuh pekerja seks
Amsterdam: Hologram seorang pekerja seks muda mula dipaparkan di daerah pelacuran di bandar ini, lapor BBC.
Berpakaian seluar pendek denim, pakaian dalam bercorak harimau bintang dengan tatu di perut dan di dadanya, imej tiga dimensi yang dijana komputer itu kelihatan menarik perhatian ramai.
BBC melaporkan, hologram itu direka sebagai mewakili Bernadette “Betty” Szabo, seorang wanita berusia 19 tahun dari Hungary yang dibunuh beberapa bulan selepas melahirkan anak pada 2009.
Pembunuhan pekerja seks itu membingungkan polis walaupun ia berlaku 15 tahun lalu.
Penyiasat di Belanda menggunakan teknologi inovatif buat kali pertama dalam usaha menyelesaikan kes berkenaan.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Segalanya Akan Terdedah Dalam Perbicaraan Bela Diri DS Najib
- Sudah Terdedahkah Sepenuhnya Skandal 1MDB Dalam Mahkamah?
- Titah Adendum: Apa Naratif Yang Saifuddin Cuba Bawa Dalam Dewan Rakyat
Sehingga kini, pembunuh Betty masih tidak dapat dikesan. Dia mempunyai kehidupan sukar dan berpindah ke Amsterdam pada usia 18 tahun dan hamil tidak lama kemudian.
Dia terus bekerja sepanjang kehamilannya dan kembali bekerja sejurus selepas melahirkan anak lelaki.
Pada awal pagi 19 Februari 2009, dua pekerja seks pergi memeriksa remaja itu ketika rehat, dan menemukan mayat Betty.
Dia dibunuh tiga bulan selepas melahirkan anak. Pelaku menikamnya menggunakan pisau dan polis mengesyaki suspek datang dari luar negara.
Kini, pihak berkuasa menawarkan ganjaran 30,000 euro (kira-kira RM141,454) untuk menggalakkan saksi kes itu tampil membantu siasatan.
Hologram untuk kesan pembunuh pekerja seks
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Apakah Kewujudan Jho Low Sudah Di Anggap Hearsay?
- Latheefa Koya Tak Nak Masuk UMNO Ker
-
Di Mana Dasar Moral Pemimpin Bila Masih Manjadi Menteri Selepas Di Tolak Ahli Parti?
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET