Indonesia naikkan kadar faedah tiga bulan berturut-turut
Indonesia naikkan kadar faedah tiga bulan berturut-turut
Bank pusat Indonesia menaikkan kadar faedah sebanyak 50 mata asas buat bulan ketiga berturut-turut, bagi meningkatkan lagi tindak balasnya terhadap jangkaan inflasi ‘tinggi’ di tengah-tengah latar belakang ekonomi yang kukuh.
Bank Indonesia (BI) menaikkan kadar repo berbalik tujuh hari kepada 5.25 peratus, menepati jangkaan majoriti ahli ekonomi yang dibuat oleh Reuters.
Ia turut menaikkan kadar dasar lain dengan jumlah yang sama.
Gabenor BI, Perry Warjiyo dalam satu sidang akhbar secara maya memberitahu bahawa tindakan ‘ke hadapan’ dan ‘mendahului’ itu disasarkan untuk meredakan jangkaan inflasi dan meningkatkan sokongan kepada rupiah.
Dengan ekonomi global sedang mengalami kelembapan dan beberapa negara berdepan risiko kemelesetan, beliau berkata aktiviti di ekonomi terbesar Asia Tenggara itu sedang meningkat.
Bank pusat itu kekal dengan unjurannya bahawa pertumbuhan akan berada di paras atas lingkungan 4.5 hingga 5.3 peratus pada 2022, sambil menambah Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) akan ‘tinggi’ tahun depan.
“BI akan mengukuhkan tindak balas dasar monetari untuk menurunkan jangkaan inflasi yang ketika ini terlalu tinggi,” kata Warjiyo, sambil menambah kenaikan kadar faedah itu adalah lebih ‘terukur’ dan tidak ‘agresif’ seperti yang dibuat oleh beberapa negara lain.
Dengan peningkatan itu, BI telah menaikkan kadar faedah berjumlah 175 mata asas sejak Ogos lalu, menyamai tahap kitaran pengetatan dasar yang dibuat pada 2018. BH
Indonesia naikkan kadar faedah tiga bulan berturut-turut
Baca Artikel Menarik:
- SCRUT dedah syarikat yang melibatkan Muhyiddin dan ahli keluarga
- Lelaki didakwa 16 pertuduhan rogol tiga anak tiri
- MYAirline dapat lesen mulakan khidmat penerbangan
- Bukan semua profesor sokong Anwar – Ismail
- Dakwaan sabotaj Tok Mat – Khairy akan buat laporan polis, SKMM
- Penuntut IPT dicekup berkhalwat, alasan buat assignment
- Firma Fitch Solutions ramal BN menang PRU15 kerana ini…
- Tanpa IC boleh mengundi, ini 5 dokumen lain boleh digunakan
- Jangan beli kereta, TV tahun hadapan – Jeff Bezos
- Ada asas siasat perbelanjaan RM500 bilion PN
- Anwar gelar Razman bodoh
- 17 tahun sangka anak mati, rupanya dibawa lari oleh saudara sendiri/a>
- Khalid ibarat ‘najis’ di Titiwangsa
- Anwar bengang Muhyiddin sikit-sikit nak bersumpah
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
SCRUT dedah syarikat yang melibatkan Muhyiddin dan ahli keluarga
Tiket Konsert BLACKPINK Di Malaysia ‘Sold Out’ Dalam Masa 30 Minit